Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mengapa Bayraktar TB2 Tiba-Tiba “Hilang” Dari Konflik Di Ukraine?

Namun sejak kebelakangan ini, nama dron Bayraktar TB2 seolah-olah “hilang” daripada bibir penganalisis ketenteraan pro-Ukraine dan media-media Barat, menimbulkan seribu persoalan tentang peranan terkini yang dimainkan oleh salah satu eksport ketenteraan paling utama Turki ketika ini. Apa sudah jadi dengan Bayraktar TB2?

0 4,860

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada permulaan konflik di Ukraine, nama dron UCAV Bayraktar TB2 buatan Turki dijulang kerana keberkesanannya memusnahkan ketumbukan armor dan infrastruktur ketenteraan Russia yang menceroboh negara Eropah Timur itu.

Namun sejak kebelakangan ini, nama dron Bayraktar TB2 seolah-olah “hilang” daripada bibir penganalisis ketenteraan pro-Ukraine dan media-media Barat, menimbulkan seribu persoalan tentang peranan terkini yang dimainkan oleh salah satu eksport ketenteraan paling utama Turki ketika ini.

Apa sudah jadi dengan Bayraktar TB2?

Menurut portal pertahanan, Military Cognizance, antara sebab “kehilangan” Bayraktar TB2 daripada medan peperangan di Ukraine itu adalah disebabkan dron itu tidak lagi digunakan di negara Eropah Timur itu pada ketika ini kerana bilangan dron buatan Turki itu pada tangan Kiev ketika permulaan konflik juga adalah sedikit.

Walaupun Ukraine bersetuju untuk memperoleh kira-kira 50 buah Bayraktar TB2, namun jumlah dron yang diterima oleh Kiev pada permulaan konflik hanyalah kecil dan kemungkinan besar kesemuanya telah ditembak jatuh oleh pihak Russia.

Bayraktar TB2
Kesan serangan oleh Bayraktar TB2 di Ukraine.

 

Pihak Russia mendakwa sehingga kini pihaknya telah menembak jatuh kira-kira 130 buah dron yang dioperasikan oleh pihak tentera Ukraine.

Satu lagi sebab mengapa dron Bayraktar TB2 itu “hilang” daripada medan peperangan di Ukraine adalah kerana perjanjian gas di antara Turki dan Russia.

Menurut dakwaan beberapa media antarabangsa, Presiden Russia Vladimir Putin didakwa telah menyatakan kepada Presiden Turki Recep Erdogan supaya menghentikan penghantaran dron Bayraktar TB2 itu ke Ukraine jika beliau ingin melihat perjanjian gas antara kedua-dua negara itu diteruskan.

Perjanjian gas di antara Ankara dan Moscow itu akan menyaksikan Russia menjadikan Turki sebagai hab gas asli Russia.

Dibawah perjanjian itu, negara-negara Eropah yang mahu mendapatkan bekalan gas asli Russia boleh mendapatkan daripada Turki.

Bayraktar TB2
Seorang pegawai tentera Ukraine bersama dron “Bayraktar TB2” buatan syarikat Baykar daripada Turkiye.

 

Russia bercadang mengalih bekalan gasnya ke Eropah daripada menggunakan saluran paip gas asli Nordstream di Laut Baltik kepada saluran paip gas asli TurkStream yang melalui Laut Hitam.

Penganalisis juga berkata keterlibatan Turki di dalam perjanjian eksport gandum Ukraine juga merupakan salah sebab mengapa penglibatan dron Bayraktar TB2 itu dikurangkan.

Jikalau itu benar, maka sebab utama mengapa dron Bayraktar TB2 “hilang” daripada Ukraine adalah disebabkan perjanjian di antara Turki serta Russia bukan disebabkan akibat ditembak jatuh oleh pihak tentera Russia.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Dron Bayraktar TB2 mencatat kejayaan yang terhad di Ukraine berbanding ketika ia dikerah di konflik-konflik lain seperti di Libya,Syria dan Nagorno-Karabakh.

Kejayaan utama terakhirnya dron Turki di Ukraine adalah ketika ia memainkan peranan penting membantu tentera Ukraine menawan semula Snake Island yang diduduki oleh tentera Russia pada bulan Mei 2022. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...