Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat ATR 72 MPA Untuk Laksana Misi Rondaan Maritim Paling Kompleks

Pesawat ATR 72MPA yang menjadi pilihan Malaysia itu juga dilengkapi dengan dengan ULISSES (Ultra-LIght SonicS Enhanced System), yang merupakan sistem penderia akustik bersepadu yang direkabentuk untuk "mendengar" kehadiran kapal-kapal selam musuh dan menentukan kedudukan mereka.

0 4,669

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pesawat peronda maritim ATR 72 MP yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo dan menjadi pilihan Malaysia disifatkan sebagai sebuah “Special Mission Aircraft” yang dikonfigurasikan untuk melaksanakan misi-misi rondaan maritim yang paling kompleks.

Pegawai kanan syarikat Leonardo Dario Marfe dalam satu kenyataan berkata pesawat ATR 72 MPA mewakili kemampuan teknologi tinggi dalam rekabentuk dan integrasi di antara platform serta sistem pada tahap paling tinggi,

“Kami amat berbangga kerana kerajaan Malaysia telah memilih pesawat ATR 72 MPA,” kata beliau tentang keputusan Malaysia memperolehi dua buah pesawat peronda maritim ATR 72 MPA bernilai lebih daripada RM700 juta.

ATR 72 MPA
ATR72 MPA

Kementerian Pertahanan dan syarikat Leonardo menandatangani perjanjian perolehan pesawar peronda maritim itu pada LIMA ’23 baru-baru ini.

Dibawah program CAP55 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), negara merancang untuk memiliki sekurang-kurangnya enam buah pesawat peronda maritim, dengan perolehannya di meliputi beberapa Rancangan Malaysia.

Dua buah pesawat peronda maritim itu telah pun diperolehi pada Rancangan Malaysia ke-12 dan empat lagi akan diperolehi dalam dua buah rancangan pembangunan lima tahun yang akan datang.

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk memperolehi dua buah pesawat MPA pada Ogos 2020, dengan beberapa syarikat pembuat pesawat MPA telah pun menyatakan minat mereka untuk menyertai tender terbabit yang ditutup pada 3 Disember tahun yang sama.

Sebagai sebuah negara maritim, keperluan untuk memiliki pesawat peronda maritim untuk memantau kawasan perairan negara yang amat luas adalah amat mendesak.

Apatah lagi, kedaulatan negara di Laut China Selatan itu diancam aktiviti pencerobohan oleh kapal-kapal milik China.

ATR 72 MPA
Sistem “ATOS”
(Airborne Tactical Observation and Surveillance system) di dalam pesawat ATR 72 MPA.

 

Dipromosikan sebagai pesawat dengan kos operasi yang rendah, ATR 72MP adalah platform peronda maritim berkeupayaan tinggi yang boleh melaksanakan misi peperangan anti-kapal selam (ASuW), peperangan anti-permukaan (ASW_ serta misi-misi perisikan elektronik (ELINT).

Untuk misi-misi ELINT, ASW dan ASuW, pesawat peronda maritime itu dilengkapi dengan peralatan dan sub-sistem pilihan termasuk Defensive Aids Sub-System (DASS) bagi membolehkannya beroperasi di kawasan musuh, sistem untuk menyimpan dan melancar sonobuoys dan akustik subsistem.

Selain itu, pesawat ATR 72MP itu juga dilengkapi dengan dengan ULISSES (Ultra-LIght SonicS Enhanced System), yang merupakan sistem penderia akustik bersepadu direkabentuk untuk “mendengar” kehadiran kapal-kapal selam musuh dan menentukan kedudukan mereka.

Pesawat peronda maritim pilihan Malaysia itu juga berkeupayaan membawa dua buah torpedo ringan tetapi tiada kepastian sama ada negara akan melengkapkan pesawat itu torpedo.

Pesawat ATR 72MP itu berkemampuan beroperasi dalam suasana rondaan maritim paling kompleks kerana ia dilengkapi dengan sistem perlaksanaan misi Airborne Tactical Observation and Surveillance (ATOS) terdiri daripada radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “Seaspray 7300E” , penderia elektro optical dengan kamera monochrome dan berwarna.

MPA TUDM
Pesawat Peronda Maritim (MPA) ATR72 buatan syarikat Leonardo.

 

Selain itu, pesawat juga dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS) dan Airborne Search and Rescue Direction Finder (ASARSDF).

Pesawat ATR 72 MP keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan kelengkapan Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (C4ISR) bagi membolehkannya memantau trafik di laluan perkapalan, perlindungan kawasan perikanan, anti-penyeludupan dan pemantauan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta Search and Rescue (SAR).

Pesawat rondaan maritim itu boleh berada di udara untuk melaksanakan misi melebihi tempoh selama 8 jam.

Maximum take-off weigh pesawat peronda maritim ini adalah 23 tan dan ia berkemampuan terbang selaju 465km sejam serta terbang setinggi 25,000 kaki. — DSA

apps

 

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...