Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kena Ambil Alih Boustead Naval Shipyard Untuk Selesaikan Projek LCS – PM

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam juga, syarikat Boustead Heavy Industrties Corporation Berhad (BHIC) menyatakan bahawa nilai keseluruhan kontrak pembinaan lima buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) telah berubah kepada RM11.2 bilion berbanding RM9 bilion sebelum ini.

0 3,866

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengambil alih syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) bagi memastikan projek berkenaan dapat diselesaikan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berikutan kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek LCS, katanya.

“Ada projek yang on-going yang mesti kita (kerajaan) selesaikan termasuk LCS. Kita tiada pilihan, sudah belanja RM6 bilion. Kita tidak boleh tutup, kita kena ambil alih untuk menyelesaikan projek,” kata beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan ketika ditemui pemberita hari ini.

LCS
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika melawat pembinaan kapal-kapal Littoral Combat Ship di Lumut. (kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Semalam di Langkawi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kementerian Kewangan telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih BNS sebagai anak syarikat kepada MOF. 

Bagaimanapun Anwar berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan lengkap berhubung pengambilalihan syarikat itu.

Pelaksanaan projek LCS itu katanya tetap akan dipantau menerusi Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Beliau juga berkata bahawa laporan berkala kepada Jemaah Menteri akan disediakan sebagiaman syarat-syarat disediakan Ketua Audit Negara.

 Pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek ini dapat dipantau bersama oleh semua pihak.

LCS
Anggota media dibawa melawat limbungan kapal milik BNS di Lumut untuk melihat dengan lebih dekat pembinaan kapal-kapal Littoral Combat Ship tidak lama dahulu. (kredit Abam Hensem)

 

“Ini perlu untuk kita memastikan supaya hasrat kita untuk meneruskan pembinaan LCS ini dapat dicapai dan berjaya sepertimana yang dikehendaki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya beliau.

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam juga, syarikat Boustead Heavy Industrties Corporation Berhad (BHIC) menyatakan bahawa nilai keseluruhan kontrak pembinaan lima buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) telah berubah kepada RM11.2 bilion berbanding RM9 bilion sebelum ini.

Kontrak ditandatangani antara Boustead Naval Shipyard (BNS),  yang merupakan syarikat bersekutu BHIC dengan Kementerian Pertahanan pada 2014 melibatkan pembinaan enam buah kapal LCS pada kos RM9 bilion.

Pengumuman kepada Bursa oleh BHIC itu menyatakan bahawa perubahan nilai keseluruhan kontrak itu disebabkan antaranya persetujuan berkenaan perubahan spesifikasi dan lanjutan masa. (Baca pengumuman kepada Bursa Malaysia)

LCS
Kapal korvet Tentera Laut Mesir yang dibina mengikut rekabentuk “Gowind” sebagaimana kapal LCS kelas-Maharaja Lela TLDM.

 

Ia juga berkata bahawa kapal LCS yang pertama akan diserahkan kepada kerajaan selepas dilaksanakan segala ujian pada Ogos 2026 manakala kapal kelima dan terakhir pula diserahkan pada April 2029.

Kerja-kerja pembinaan kapal-kapal LCS itu bermula selepas BNS dan Kementerian Pertahanan menandatangani Supplemental Agreement (SA) yang keenam semalam.

Terma-terma pembayaran juga adalah pelbagai daripada “milestone activity” kepada “progress of works” yang menggambarkan kepada pelbagai elemen dalam kontrak. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...