150 Ribu Roket Dalam Simpanan, Hezbollah Buat Israel “Gerun”
Israel dilihat lebih berhati-hati dalam tindakbalas terhadap serangan roket dari selatan Lubnan ke utara negara itu kerana ia tidak mahu mencetuskan konflik yang lebih buruk sehingga memaksa ia berhadapan dengan musuh ketatnya, Hezbollah yang dilaporkan kini lebih berkeupayaan dengan pemilikan sehingga 150,000 buah roket dalam simpanannya serta pegangan pelbagai sistem persenjataan lain.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun pesawat-pesawat pejuang dan meriam tentera Israel melakukan serangan terhadap lokasi-lokasi pelancaran roket kumpulan militan di selatan Lubnan, namun Tel Aviv dilihat lebih berhati-hati dalam responsnya kali ini.
Menurut penganalisis, Israel dilihat lebih berhati-hati dalam responsnya terhadap kumpulan militan di Lubnan terutamanya Hezbollah berbanding tindakbalas terhadap Hamas dan kumpulan bersenjata lain Gaza.
Walaupun melakukan serangan balas terhadap serangan roket daripada selatan Lubnan, tetapi Israel enggan terlalu “keras” dalam tindakannya supaya ia tidak mencetuskan konflik yang lebih besar, sehingga memaksanya berdepan dengan seterunya iaitu Hezbollah.

Mengapa ia lebih berhati-hati dalam tindakannya di Lubnan kali ini?
Salah satu sebabnya adalah, Hezbollah yang bakal dihadapinya sekira keadaan pada ketika ini menjadi lebih buruk, bukanlah Hezbollah yang ia cuba tewaskan dalam konflik bersenjata terakhir antara mereka pada tahun 2006 yang juga dipanggai “The Second Lebanon War 2006”.
Menurut badan pemikir,Center for Strategic and International Studies (CSIS), tidak dapat dinafikan Hezbollah adalah kumpulan bersenjata (non-state actor) paling lengkap di dunia pada ketika ini.
“Mereka (Hezbollah) bukan seperti kumpulan-kumpulan militia sembarangan kerana dilatih dan dilengkapi seperti sebuah angkatan tentera sesebuah negara.”
Kekuatan utama Hezbollah terdiri daripada sistem roket darat-ke-darat.

Walaupun sistem roket dimiliki oleh oleh kumpulan militan pro-Iran itu tidak berapa tepat,namun disebabkan bilangan roket yang dimiliknya adalah amat besar, ia menjadikan senjata yang menggerunkan Israel dan rakyatnya berkemungkinan menjadi sasaran.
Menurut laporan-laporan perisikan dan media Israel, ketika konflik bersenjata antara Israel dan Hezbollah pada 2016, kumpulan bersenjata itu dipercayai memiliki sekitar 15,000 roket dan peluru berpandu.
Comments are closed.