“Tarantula” Semakin Hampir, Jika Benar, Bagus Untuk Industri Tempatan
Admin dimaklumkan bahawa perolehan kenderaan High Mobility Armoured Vehicle (HMAV) itu membabitkan kenderaan perisai 4x4 “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di antara perolehan bernilai RM8 bilion yang akan dilakukan oleh Kementerian Pertahanan tahun ini sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan dalam majlis amanatnya semalam termasuklah melibatkan High Mobility Armoured Vehicle (HMAV).
Perolehan kenderaan-kenderaan HMAV itu berkait-rapat dengan pengumuman oleh bekas Menteri Pertahanan Oktober tahun lepas di mana beliau menyatakan bahawa kementerian akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4×4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.
Bagaimanapun, seperti biasa tiada perincian mengenai jenis kenderaan perisai yang bakal diperolehi oleh Kementerian Pertahanan.
Apapun perolehan HMAV yang diumumkan oleh Tok Mat semalam itu berkait rapat dengan program penggantian kenderaan perisai Condor.
Walaupun tiada perincian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan,mungkin kerana perundingan masih lagi berjalan, tetapi Defence Security Asia dimaklumkan bahawa perolehan itu membabitkan produk tempatan.
Admin dimaklumkan bahawa perolehan HMAV itu membabitkan “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).
Sumber-sumber industri juga mengesahkan bahawa setakat ini “Tarantula” menjadi pilihan bagi Tentera Darat bagi perolehan kenderaan HMAV untuk menggantikan kenderaan perisai “Condor” yang ditamatkan perkhidmatannya secara rasmi.
Kemungknan perolehan 136 kenderaan HMAV (mungkin first batch) sememangnya “shot in the arm” untuk industri tempatan.
Sumber memberitahu sebelum ini, bahawa perolehan 136 kenderaan 4×4 HMAV untuk Tentera Darat itu adalah untuk melengkapkan dua rejimen, 3 Armor dan 4 Armor.
Kesemua 136 kenderaan 4×4 itu terdiri daripada di antara di antara tiga hingga empat variant seperti Armoured Personnel Carrier (APC), Armoured Combat Vehicle (ACV), Armoured Recovery Vehicle (ARV) dan ambulan, menurut sumber itu.
Comments are closed.