Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] F/A-18D TUDM Laksana “Force Down Procedure” Terhadap C130H

“Force Down” adalah antara prosedur yang dilaksanakan  dalam Ops CURIGA yang diaktifkan oleh TUDM apabila mengesan “keluarbiasaan” pada pesawat sama ada terdapat sebarang unsur-unsur pencerobohan atau mengancam keselamatan.

0 5,033

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerak dua buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet untuk melakukan “Force Down Procedure” bagi memaksa pesawat C130H mendarat di Pangkalan Udara Butterworth.

“Force Down” adalah antara prosedur yang dilaksanakan  dalam Ops CURIGA yang diaktifkan oleh TUDM apabila mengesan “keluarbiasaan” pada pesawat sama ada terdapat sebarang unsur-unsur pencerobohan atau mengancam keselamatan.

Pengalaman ini dirasai oleh beberapa wakil agensi media dan delegasi yang terdiri daripada  pegawai-pegawai Kementerian Kewangan, Bahagian Dasar dan Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan serta Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM).

Ia bagi memberikan gambaran dan penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh TUDM khusus di dalam menjaga kedaulatan negara tercinta. 

Sebaik mendarat, “Force Down Procedure” diteruskan dengan atur gerak Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU).

Pesawat C130H diarahkan mendarat di kawasan khas dan pemeriksaan rapi dilaksanakan ke atas semua anak kapal serta penumpang.

Pasukan HANDAU turut bersiap siaga di dalam menghadapi sebarang ancaman.

TUDM
(TUDM)

 

Prosedur ini turut melibatkan pasukan Explosive Ordinance Disposal TUDM (RMAF EOD Team) bagi memeriksa dan menentukan tiada sebarang bahan letupan yang mendatangkan impak ke atas keselamatan.

Setelah memastikan keselamatan terjamin dan bebas dari ancaman, pasukan HANDAU akan menyuraikan anggota pertahanannya untuk arahan dan tindakan selanjutnya.

TUDM
(TUDM)
TUDM
TUDM

 

Simulasi “Force Down Procedure” ini adalah di antara aktiviti yang dirancang bersempena Eksesais PARADISE (Paradrop, Air Defence, Insertion, Strike, Search and Rescue and Extraction) 9/22 dan Eksesais ELANGAROO 22.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas peranan TUDM, para jemputan turut menyaksikan atur gerak dua pesawat pejuang F/A-18 D sebaik misi diterima dalam “Alert 15” iaitu memperlihatkan persediaan dan kesiagaan dalam tempoh masa yang selama 15 minit. 

TUDM
TUDM
TUDM
TUDM

 

Demontrasi ini menunjukkan kesiagaan TUDM di dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga kedaulatan negara daripada anasir pencerobohan dan meningkatkan kompetensi aset TUDM merangkumi 3M iaitu “Man, Machine and Method”. — DSA

Apps

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...