Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Korea Selatan Yakin Indonesia Akan Teruskan Pembinaan 3 Kapal Selam

Pada 2019, Indonesia dan syarikat DSME telah menandatangai kontrak bernilai kira-kira US$1 bilion (RM4 bilion) untuk membekalkan tiga buah kapal selam tambahan jenis Type 209 kepada tentera laut negara itu. Bagaimanapun tiga tahun selepas kontrak ditandatangani, tidak ada tanda-tanda bilakah kapal selam itu akan mula dibina.

0 1,819

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME) masih menaruh keyakinan yang tinggi bahawa masalah berkenaan kontrak membekalkan tiga buah kapal selam kepada Indonesia akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Presiden syarikat itu, Park Doo-seon berkata beliau berasa amat optimistik berkenaan kontrak terbabit sambil memberikan petanda bahawa rundingan dengan kerajaan Indonesia telah mencapai kemajuan.

“Kami (DSME) menjangkakan ulangtahun ke-50 hubungan diplomatic di antara Indonesia dan Korea Selatan pada tahun depan akan memberikan kesan positif terhadap rundingan berkenaan kontrak kapal selam itu.”

“Perbincangan dengan pihak Indonesia telah berjalan dengan amat baik,” katanya kepada portal pertahanan antarabangsa ketika Jakarta International Expo minggu lepas.

Pada 2019, Indonesia dan syarikat DSME telah menandatangai kontrak bernilai kira-kira US$1 bilion (RM4 bilion) untuk membekalkan tiga buah kapal selam tambahan jenis Type 209 kepada tentera laut negara itu.

Kapal selam

Pada ketika ini, tentera laut Indonesia telah pun memiliki tiga buah kapal selam Type 209 buatan syarikat DSME hasil kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 2011.

Bagaimanapun menurut syarikat itu, Indonesia gagal untuk menyerahkan Letter of Credit untuk kontrak kali ini.

Letter of Credit adalah mekanisme pembayaran dikeluarkan oleh bank yang memberikan jaminan ekonomi kepada syarikat mengeksport produk berkenaan.

Tanpanya, syarikat DSME tidak boleh memulakan penyerahan kapal selam itu dan berkemungkinan akan berhadapan dengan kerugian yang besar kerana ia telah berbelanja besar untuk melaksanakan program pembinaan kapal selam itu.

Bagaimanapun bagi presiden syarikat DSME, beliau tidak bimbang akan kelewatan pihak Indonesia dalam mengeluarkan Letter of Credit itu.

kapal selam

“Indonesia telah menangguhkan pengeluaran Letter of Credit sebelum ini. Ia pernah tidak mengeluarkan Letter of Credit selama setahun untuk salah satu kontrak kami, tetapi pada akhirnya mempercepatkan program itu akhirnya,” kata beliau.

Pada Ogos lepas,  DSME dilaporkan berhadapan dengan kerugian berjumlah US$67 juta (RM268 juta) selepas memesan komponen untuk pembinaan tiga buah kapal selam Indonesia pada 2019.

Syarikat DSME membeli komponen terbabit iaitu “propulsion motors” untuk kapal selam itu secara pre-order daripada Siemens, tetapi komponen itu tersadai kerana pembinaan kapal-kapal selam itu masih tidak bermula sehingga kini walau sellepas tiga tahun kontrak itu ditandatangani.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kontrak tidak dapat dimulakan selepas kerajaan Indonesia gagal menjelaskan bayaran pendahuluan 10 peratus.

Anggota Parlimen Korea Selatan, Minkuk Kang daripada People Power Party berkata, ketiga-tiga propulsion motor itu bakal menjadi “besi buruk.”

“Selepas DSME membayar kos ketiga-tiga propulsion motor, kos yang terpaksa ditanggung oleh syarikat akan terus meningkat kerana ia terpaksa membina stor untuk menyimpan komponen itu dan menyelenggara komponen itu sehinggalah ia dapat digunakan untuk tujuan lain,” katanya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...