Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar AESA Apakah Jadi Pilihan FA-50 Block 20 Malaysia (Sekira Negara Membelinya)?

Maklumat terbaru diperolehi oleh Defence Security Asia menyatakan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang bakal digunakan oleh Poland dan Malaysia (sekira negara memilihnya) "berkemungkinan besar" akan dilengkapkan dengan radar AESA buatan Amerika Syarikat iaitu APG-79 buatan syarikat Raytheon.

0 3,551

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang kita ketahui, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) menawarkan varian “paling berkemampuan” pesawat FA-50 iaitu Block 20 kepada Malaysia sekiranya negara memilih pesawat pejuang buatan Korea Selatan itu untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sekiranya Malaysia memilih pesawat FA-50 varian Block 20 (kini diperingkat akhir rundingan), ia akan mengikuti jejak langkah Poland yang memilih varian termaju dan paling berkemampuan pesawat pejuang ringan itu.

Berbanding dengan pesawat FA-50 Block 10, varian FA-50 Block 20 itu mempunyai beberapa kelainan daripada segi peralatan dan komponennya, sekaligus kemampuan keseluruhannya.

Antaranya adalah, varian FA-50 Block 20 yang telahpun dipilih oleh Poland dan ditawarkan kepada Malaysia itu akan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

Poland telah pun menandatangani perjanjian untuk memperolehi sejumlah 48 buah pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh KAI (kombinasi di antara pesawat FA-50 Block 10 dengan pesawat FA-50 Block 20).

APG-79
Radar APG-79 pada pesawat Super Hornet

 

Bagi Malaysia pula, ia mempunyai keperluan untuk memperolehi 18 buah pesawat FLIT/LCA dengan pesawat FA-50 dikatakan frontrunner dalam persaingan yang juga membabitkan beberapa jenis pesawat yang lain.

Kita tidak mempunyai sebarang mempunyai maklumat tentang jenis radar AESA apakah yang akan digunakan oleh Poland dan Malaysia (sekiranya kita memilih pesawat FA-50 Block 20 buatan KAI itu)

Sebelum ini, Defence Security Asia ada menyatakan tentang kemungkinan pesawat FA-50 Block 20 itu bakal dilengkapkan dengan radar AESA yang sedang dibangunkan oleh syarikat Hanwha Systems dengan kerjasama Defense Acquisition Program Administration (DAPA)  Korea Selatan.

Radar AESA yang dibangunkan oleh Hanhwa Systems dengan DAPA itu juga bakal melengkapkan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” yang juga dibangunkan oleh KAI.

Namun maklumat terbaru yang diperolehi oleh Defence Security Asia menyatakan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang bakal digunakan oleh Poland dan Malaysia (sekiranya negara memilih pesawat pejuang ringan itu) akan dilengkapkan dengan radar AESA buatan syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon.

FA-50
Radar AESA yang dibangunkan oleh Hanwha Systems untuk pesawat KF-21 “Boramae.”

 

Mungkin radar AESA keluaran Hanhwa dan DAPA itu memerlukan lebih banyak masa untuk dibangunkan sebelum mencapai tahap operasi yang memuaskan.

Admin dimaklumkan bahawa pesawat FA-50 Block 20 itu berkemungkinan besar akan menggunakan radar AESA keluaran syarikat Raytheon iaitu APG-79 iaitu radar AESA sama yang digunakan oleh pesawat-pesawat F/A-18E/F Super Hornet atau variannya.

Radar AESA APG-79 itu mempunyai “detection range” sejauh 150km dan dikatakan sejenis radar yang berkemampuan tinggi dengan kebolehan untuk mengesan pelbagai sasaran secara serta-merta.

Kos penyelenggaraan radar ini juga adalah rendah.

Radar AESA APG-79 akan membolehkan pesawat-pesawat yang menggunakannya seperti FA-50 Block 20 melancarkan pelbagai sistem persenjataan moden termasuk peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM.

FA-50

Selain radar AESA APG-79, Raytheon juga ada membangunkan radar AESA APG-79 (V) 4 yang sedang berada diperingkat akhir ujian pada ketika ini sebelum ia dilengkapkan kepada pesawat-pesawat F/A-18C/D dipanggil “Legacy Hornet” (Classic Hornet) milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

Radar APG-79 (V) 4 AESA adalah derivatif atau varian kepada radar APG-79 AESA dengan kedua-duanya menggunakan teknologi dan komponen yang sama.

Pesawat pejuang Legacy Hornet yang dilengkapi dengan radar AESA itu telah pun menjalani ujian penerbangan di Naval Air Weapon Station di China Lake, California.

Ia merupakan penerbangan ujian pertama bagi pesawat Hornet yang dilengkapi dengan radar APG-79 (V) 4 AESA selepas prototaip radar yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon diserahkan kepada pihak tentera Amerika pada 2021.

Selain itu, varian radar AESA APG-79 iaitu APG-79B4 juga bakal digunakan oleh pesawat pengebom strategik B-52 “Stratofortress” di dalam program peningkatan keupayaannya. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...