Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rafale Masih “Mengejar” Pencapaian Jualan F-35 Di Seluruh Dunia

Berbanding dengan 1,000 pesawat F-35 yang sudah terjual setakat ini, syarikat pembuat pesawat Perancis, Dassault pula hanya berjaya menjual kira-kira 236 pesawat Rafale -- bermula daripada 20 buah pesawat dijual kepada Mesir pada 2015 dan terbaru 80 buah kepada UAE serta 42 buah kepada Indonesia.

0 3,186

(DEFENCE SECURITY ASIA)Walaupun pesawat pejuang “Rafale” buatan syarikat Perancis, Dassault Aviation berjaya memenangi kontrak-kontrak besar beberapa bulan kebelakangan ini termasuk daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia , tetapi realitinya ia masih jauh ketinggalan berbanding apa yang telah dicapai oleh F-35 buatan syarikat Lockheed Martin.

Sejak diperkenalkan kepada dunia 15 tahun yang lalu, kira-kira 1,000 buah pesawat F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin telah berjaya dijual kepada pelbagai negara seluruh dunia terutamanya sekutu-sekutu Tier One Amerika Syarikat.

Sejak membuat kemunculannya, lebih  1,000 pesawat F-35 sudah terjual setakat ini termasuk  yang digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat.

F-35
F-35

 

Di benua Eropah, pesawat F-35 seperti memiliki “dominasi penuh” terhadap pasaran pesawat pejuang dengan satu demi satu negara di benua itu berbelanja besar untuk memiliki pesawat pejuang generasi kelima itu.

Belgium menjadi negara Eropah yang pertama membeli pesawat F-35 pada 2018 dengan komitmen untuk memperolehi 34 buah pesawat F-35A, diikuti oleh Poland dua tahun selepas itu dengan memperolehi 32 buah pesawat F-35A.

Pada 2021, Switzerland dan Finland masing-masing menggantikan pesawat F/A-18 Hornet mereka untuk membeli 36 dan 64 buah pesawat F-35 itu.

Baru-baru ini, Jerman pula merancang untuk mendapatkan 35 buah pesawat F-35A bagi menggantikan pesawat pejuang Tornado-miliknya yang berkemampuan membawa bom-bom nuklear.

Republik Czech juga telah menyatakan komitmennya untuk mendapatkan 24 buah pesawat F-35 untuk menggantikan pesawat Gripen bakal ditamatkan khidmatnya.

F-35B
Pesawat F-35B (Short Take-Off and Vertical Landing)

 

Di Asia-Oceania, pelanggan F-35 termasuklah Singapura, Korea Selatan, Jepun, Australia manakala Thailand juga bercadang memilikinya.

Pihak syarikat Lockheed Martin menganggarkan menjelang tahun 2030, sebanyak 550 buah pesawat F-35 akan beroperasi di Eropah termasuk skuadron pesawat F-35 Amerika Syarikat yang beroperasi di Pangkalan Udara Lakenheath di England

Berbanding dengan pesawat F-35, syarikat pembuat pesawat Perancis, Dassault pula hanya berjaya menjual kira-kira 236 pesawat Rafale — bermula sebanyak 20 buah kepada Mesir pada 2015 dan terbaru 80 buah kepada UAE serta 42 buah kepada Indonesia.

Pencapaian menjual 236 buah pesawat Rafale tetap dianggap suatu kejayaan bagi Dassault, yang suatu ketika dahulu menganggap Rafale sebagai “pesawat disumpah” kerana kegagalannya menambat hati mana-mana pembeli luar buat beberapa tahun.

Syarikat itu pada mulanya risau dengan permulaan lembap Rafale di pasaran pesawat pejuang antarabangsa  sebelum ia berjaya “mengubah nasibnya” dan kini semakin diterima oleh pelanggannya.

Ketika mula-mula memasuki pasaran, penjualan pesawat Rafale dikatakan lembap dan bergerak perlahan disebabkan harga per-unitnya yang terlalu mahal.

Damocles
Pesawat pejuang Rafale dengan Targeting Pod “Damocles”

 

Kita pun tahu bahawa Malaysia suatu ketika dahulu mahu memiliki Rafale,tetapi terpaksa memadamkan niatnya untuk memilikinya kerana faktor harga per-unit pesawat itu yang terlalu tinggi.

Walaupun pesawat Rafale kini semakin laris di pasaran, tetapi ia masih gagal memenuhi hasrat Dassault yang mahu menjual lebih banyak pesawat pejuang itu dipasaran untuk memastikan ia mampu menurunkan lagi kos per-unit pesawat itu dan seterusnya menarik lebih banyak negara untuk membelinya termasuk kemungkinan Malaysia (walaupun probailiti itu adalah amat rendah)

Syarikat Dassault perlu mengikut jejak langkah Lockheed Martin dalam meningkatkan jualan pesawat Rafale.

Hanya dengan “economies of scale”, barulah syarikat Dassault mampu menurunkan harga per-unit pesawat Omnirole itu, sebagaimana yang dilakukan oleh Lockheed Martin. 

Menurut pakar persenjataan dan editor di Swiss Military Review (RMS) Alexandre Vautravers sebagaimana dipetik dalam France 24,  walaupun pencapaian oleh Rafale akhir-akhir ini amat membanggakan tetapi ia masih jauh daripada apa yang dicapai oleh pesawat F-35.

Rafale
Pesawat Rafale Tentera Udara Qatar pada latihan Anatolian Eagle 2021.

 

Katanya, lebih banyak pesawat F-35 terjual maka ia juga bermakna bahawa usaha Lockheed Martin untuk menurunkan kos F-35 itu juga semakin berjaya.

Disebabkan kejayaannya menjual lebih daripada 1,000 pesawat F-35 di seluruh dunia, syarikat pertahanan Amerika Syarikat itu kini boleh menawarkan untuk menjual varian F-35A pada harga permulaan US$80 juta kepada pelanggannya, kata Vautravers.

 Ini menjadikan harga yang yang ditawarkan oleh F-35 itu adalah lebih murah daripada harga sebuah pesawat Rafale.

 Oleh kerana pesawat F-35 baru sahaja berusia 15 tahun berbanding 25 tahun bagi Rafale dan kosnya adalah 40 peratus lagi murah serta lebih moden, maka sudah tentulah lebih ramai pelanggan akan memilih pesawat buatan Amerika Syarikat itu jika pilihannnya adalah di antara F-35 dan Rafale.

Bagaimanapun, Rafale juga memiliki kelebihan kerana berbanding Amerika Syarikat yang kerap meletakkan pelbagai syarat untuk bakal-bakal pembeli sistem persenjataaannya.

Rafale

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ini berlainan dengan Perancis yang agak bebas (kecuali apabila senjata itu mahu diguna untuk mengancam kepentingan Paris itu sendiri).

Polisi “no strings attached” itu amat digemari oleh pelanggan dan dalam keadaan tertentu boleh membuatkan pelanggan memilih pesawat Rafale berbanding F-35 yang sarat dengan pelbagai syarat.

“Kelebihan utama sistem persenjataan Perancis adalah ia melepasi segala embargo senjata Amerika Syarikat. Adalah tidak bagus jika terlalu bergantung dengan senjata Amerika Syarikat sahaja kerana risiko sekatan senjata oleh Washington.

“Sistem persenjataan Perancis, sama seperti sistem Russia, membolehkan kita diversify (mempelbagai sumber),” kata Vautravers. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...