Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KD Lekiu Laksana “Refuelling At Sea” Sebelum EKS Kakadu 2022 Di Australia

Kapal friget negara, KD Lekiu akan menyertai Eks KAKADU 2022 yang merupakan eksesais multilateral yang melibatkan 34 angkatan laut dari pelbagai negara dengan pembabitan aset yang besar di Darwin, Australia.

0 2,347

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal friget Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Lekiu telah berjaya melaksanakan Refuelling at Sea (RAS) atau mengisi minyak di lautan bersama kapal HMAS Stalwart di Laut Timor sebelum memasuki perairan Darwin, Australia.

KD Lekiu akan merapat di Fort Hill Wharf bagi menyertai Eks KAKADU 2022.

Evolusi ini telah dikendalikan oleh warga kapal dengan selamat dan dalam keadaan cuaca yang baik.

KD Lekiu
KD Lekiu sedang melakukan “Refuelling At Sea” (RAS) dengan kapal HMAS Stalwart. (TLDM)

 

Eks KAKADU 2022 merupakan eksesais multilateral yang melibatkan 34 angkatan laut dari pelbagai negara dengan pembabitan aset yang besar di Darwin, Australia.

Ianya merupakan eksesais yang telah mencapai 30 tahun yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia.

KD Lekiu
KD Lekiu sedang melakukan “Refuelling At Sea” (RAS) dengan kapal HMAS Stalwart. (TLDM)

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Penglibatan KD Lekiu bagi mewakili Malaysia dalam eksesais ini menyediakan peluang bersama dengan semua negara sahabat untuk melaksanakan aktiviti maritim secara multinasional meliputi operasi dan peperangan tahap tinggi. 

Eksesais ini akan bermula 12 hingga 26 Sep 22 yang merangkumi fasa pelabuhan, fasa laut dan penutup.

Warga KD LEKIU kini kekal bersemangat dan bersedia untuk menyertai Eks KAKADU 2022.

KD Lekiu sedang melaksanakan misi pelayaran Regional Partnership Exercise 2022 selama 86 hari serta terlibat dalam empat siri eksesais, 

Empat eksesais yang ia terlibat itu meliputi satu eksesais multilateral, dua eksesais bilateral dan satu eksesais TLDM berskala besar bermula daripada 23 Ogos sehingga 17 November 2022.

KD Lekiu
(TLDM)

 

KD Lekiu itu bakal menyertai Eks MALINDO JAYA 26/22, Eks KAKADU 2022, Eks KERISMAS 2022 dan Eks MALAPURA 30/22.

“Penglibatan KD Lekiu dalam empat siri eksesais secara berterusan semasa pelayaran Regional Partnership Exercise 2022 ini membuktikan ketersediaan dan kebolehoperasian aset pertahanan maritim negara serta profesionalisme warga di tahap yang tertinggi selain komitmen TLDM ke arah memperkasakan diplomasi pertahanan di peringkat antarabangsa seiring angkatan laut di peringkat global melalui kerjasama serantau,” menurut kenyataan TLDM itu.

KD Lekiu
KD Lekiu

 

Eksesais pertama yang telah disertai oleh KD Lekiu baru-baru ini adalah Eks MALINDO JAYA 26/22 di Surabaya, Indonesia yang merupakan eksesais bilateral bagi memperkukuhkan kerjasama serantau Malaysia-Indonesia dalam melaksanakan operasi bersama.

Sebanyak 2 aset utama TLDM yang akan terlibat iaitu KD LEKIU dan KD SRI INDERA SAKTI disamping aset sokongan yang lain.

Artikel : LT Ts. Abdul Haziq bin Abdul Majid TLDM

Foto : Lt Kdr Mohd Faizzuddin bin Sahidon TLDM

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...