Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Adakan Latihan Udara Dengan India, Mahu “Korek” Rahsia Su-30

Latihan bersama di antara Tentera Udara India dan Tentera Udara Jepun akan memastikan Jepun memperolehi segala "maklumat dalaman" tentang kemampuan dan kebolehan pesawat pesawat pejuang Su-30, sebagaimana digunakan oleh "musuhnya" China.

0 2,493

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Bagi memastikan ia mempunyai “maklumat dalaman” tentang pesawat pejuang Sukhoi Su-30 sebagaimana yang digunakan oleh “musuhnya” iaitu China, Tentera Udara Jepun akan mengadakan latihan bersama dengan Tentera Udara India.

Latihan yang akan berlangsung di salah sebuah pangkalan udara Jepun bakal menyaksikan pertembungan di antara pesawat pejuang F-15J milik Tentera Udara Jepun dengan Su-30MKI yang dimiliki Tentera Udara India.

Sebagaimana yang kita tahu, Tentera Udara China turut menggunakan pesawat pejuang Su-30 buatan Russia dan maklumat-maklumat teknikal yang diperolehi Jepun hasil daripada latihan dengan pesawat pejuang India itu amat berguna kepada Tentera Udara Jepun.

F-15
Pesawat F-15J Tentera Udara Jepun.

 

Selain Su-30, Tentera Udara China itu turut menggunakan pelbagai pesawat pejuang Russia yang dibina secara berlesen olehnya dalam negara.

Latihan udara bersama di antara F-15J Tentera Udara Jepun dengan Su-30MKI Tentera Udara India akan memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna kepada Tokyo serta juruterbangnya maklumat-maklumat penting tentang beberapa perkara asas berkenaan pesawat pejuang Su-30 itu.

Antara maklumat-maklumat berguna yang boleh diperolehi daripada latihan udara bersama adalah soal maneuverability, jarak kruis pesawat, pengambilan minyak selain tempoh penyelenggaraan.

China
Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara China buatan Russia tetapi dibina secara under license dalam negara.

 

Maklumat-maklumat sedemikian adalah amat berguna kepada perancang ketenteraan Jepun, sekiranya berlaku konflik bersenjata di antara kedua-dua negara berjiran itu.

Keputusan untuk mengadakan latihan udara bersama di antara India dan Jepun yang menampilkan pesawat Su-30MKI dengan F-15J diambil selepas pertemuan diantara Menteri Luar kedua-dua negara di Tokyo baru-baru ini.

Pesawat pejuang Su-30MKI itu adalah hampir sama dengan pesawat Su-30MKM digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kecuali komponen buatan syarikat Israel yang digunakan oleh pesawat pejuang India itu.

Malaysia menggunakan komponen buatan Perancis pada pesawat Su-30MKM miliknya.

Su-30MKI
Pesawat Su-30MKI

 

Menteri Luar merangkap Menteri Pertahanan India Dr. S Jaishankar telah bertemu dengan Menteri Luar Jepun Hayashi Yoshimasa dalam “Mesyuarat 2 Plus 2” di ibu negara Jepun itu.

Pesawat-pesawat pejuang F-15J Jepun dan Su-30MKI India sepatutnya “bertempur” dalam latihan bersama pada 2020 tetapi terpaksa dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Jepun, sebagaimana India juga mempunyai tuntutan bertindih dengan China melibatkan sekumpulan pulau di Laut China Timur dikenali sebagai Senkaku (Jepun) atau Diaoyu (China).

F-15J
Pesawat F-15J Jepun

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Disebabkan tuntutannya terhadap sekumpulan pulau yang kini ditadbir oleh Jepun, Beijing kerapkali menghantar pesawat-pesawat pejuang dan kapal-kapal perangnya ke kawasan perairan berhampiran pulau terbabit.

Pada April lepas, Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan bahawa pesawat-pesawat pejuangnya telah dikerah sebanyak 1,004 kali untuk memintas pesawat pejuang China dan Russia bagi tempoh 12 bulan sehingga Mac lepas, yang merupakan peningkatan sebanyak 279 penerbangan berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah itu adalah kedua terbesar dalam sejarah, hanya dibelakang tahun 2016 dimana pesawat pejuang Jepun dikerah sebanyak 1,168 kali untuk memintas pesawat China dan Russia. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...