Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Sukhoi Su-30 TUDM, IAF “Bertempur” Di Ruang Udara Kuantan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh media sosial TUDM, “pertempuran udara” di antara kedua-dua pesawat pejuang kedua negara TUDM dan Tentera Udara India merupakan sebahagian daripada Eksesais Udara Shakti 2022 yang berlangsung di ruang udara Kuantan.

0 10,625

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Lapan buah pesawat Sukhoi Su-30 daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara India (IAF) telah melaksanakan “pertempuran udara” (dog fight) ketika hari keempat berlangsungnya Eksesais Udara Shakti 2022 (EKS US22).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh media sosial TUDM, “pertempuran udara” di antara kedua-dua pesawat pejuang kedua negara itu berlangsung di ruang udara Kuantan.

Eksesais Udara Shakti 2022 bermula pada 12 Ogos lalu dan akan berlangsung sehingga esok.

Pertempuran Udara
(kredit TUDM)

 

“Pelaksanaan EKSESAIS UDARA SHAKTI 2022 (EKS US22) hari ke-4 melibatkan pertempuran udara 8 buah pesawat Sukhoi-30  daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Indian Air Force (IAF) di ruang udara Kuantan,” sebagaimana kenyataan oleh akaun media sosial TUDM itu.

Kenyataan juga menyebut bahawa pengisian aktiviti EKS US22 dimanfaatkan dengan perbincangan di dalam kelas-kelas ‘Subject Matter Expert Exchange’ (SMEE) diantara dua negara.

Aktiviti ini bertujuan berkongsi kepakaran dan pandangan serta skil para peserta di dalam bidang penerbangan dan kejuruteraan untuk pesawat Sukhoi-30 dan juga C-17 dan A400M.

Pertempuran Udara
(kredit TUDM)

 

Pesawat-pesawat Su-30MKM daripada TUDM dan Su-30MKI daripada IAF adalah hampir sama kecuali beberapa komponen peralatannya serta originnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM beberapa hari lepas, ia berkata, Eksesais Udara Shakti 2022” (EX US22) melibatkan ruang udara Kuantan dan kawasan sekitarnya.

Sepanjang eksesais tersebut berlangsung, pesawat-pesawat TUDM dan IAF akan melaksanakan penerbangan rendah taktikal dikawasan-kawasan tertentu yang digazetkan sebagai kawasan latihan untuk eksesais itu.

Pertempuran Udara
(kredit TUDM)

 

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM dan IAF terbang rendah pada sepanjang tempoh eksesais,” menurut TUDM.

TUDM menjadi tuan rumah bagi eksesais ini.

Pertempuran Udara
(kredit TUDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Pertempuran Udara
(kredit TUDM)

 

Konsep eksesais adalah Field Training Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dalam memperkukuhkan hubungan professional di antara dua angkatan udara Malaysia dan India.

Kenyataan juga menyatakan bahawa eksesais juga akan meningkatkan aspek interoperability dalam melaksanakan latihan bersama di peringkat taktikal, membina dan mengukuhkan hubungan ketenteraan dua hala, perkongsian kemahiran dan pengalaman. — DSA

 

 

Comments
Loading...