Russia Cari Alasan Mengapa Ia “Kehilangan” 24 Buah Su-35 Di Ukraine
Walaupun mengembar-gemburkan tentang "kehebatan" Su-35, tetapi kini Russia terpaksa mencari alasan untuk menerangkan bagaimana sehingga kini ia telah kehilangan dua skuadron atau 24 buah Su-35 dalam konflik di Ukraine.
Jom follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa tahun ini, Russia telah “mengembar-gemburkan” kehebatan dan keupayaan Sukhoi Su-35 (NATO codename Flanker-E) dan menyifatkannya sebagai sebagai pesawat pejuang paling berkemampuan dimilikinya.
Namun kini, Moscow terpaksa mencari alasan untuk menerangkan dakwaan bagaimana ia kehilangan dua skuadron atau sejumlah 24 buah Su-35 dalam konflik di Ukraine walaupun sebelum itu ia mendakwa pesawat itu adalah yang terbaik di dalam kelasnya.
Dakwaan tentang prestasi kurang memberangsangkan pesawat-pesawat pejuang Russia di Ukraine itu ada asasnya kerana sehingga kini selepas enam bulan konflik di Ukraine berlangsung, Moscow masih gagal menguasai ruang udara negara jirannya.
Selepas enam bulan bertempur di Ukraine, kita masih lagi melihat pesawat-pesawat pejuang Russia termasuk Su-35 dan lain-lain ditembak jatuh oleh musuh.
Apa sudah jadi dengan Tentera Udara Russia yang mendakwa ia akan menguasai ruang udara Ukraine hanya di dalam masa beberapa hari selepas perang dengan Ukraine tercetus.
Sudah enam bulan berlalu, Russia gagal menguasai ruang udara Ukraine walaupun ia memiliki tentera udara yang jauh lebih besar daripada Ukraine dengan bilangan pesawat pejuang yang berlipatganda berbanding negara jirannya.
Dalam berhadapan dengan Tentera Udara Russia yang “berkuasa dan kuat itu” Ukraine terpaksa bergantung sebahagian besarnya terhadap pesawat-pesawat MiG-29, Su-24 dan sebahagian kecil Su-27.
Sejak kebelakangan ini, banyak gambar-gambar dan video menunjukkan bagaimana pesawat-pesawat Su-35 Russia itu ditembak jatuh sama ada oleh sistem pertahanan udara Ukraine (yang dibekalkan oleh negara Barat) atau tumpas dalam pertempuran udara dengan pesawat Ukraine.
Kini terdapat laporan mengatakan bahawa Tentera Udara Russia terpaksa menghantar pesawat-pesawatnya yang telah berusia ke Ukraine untuk membantu kempen udara negara itu di Ukraine.
Comments are closed.