Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Asia Tenggara Bakal Lagi ‘Meriah” Dgn F-35, Rafale, F-15EX

Pada ketika ini keseimbangan kuasa udara di Asia Tenggara masih lagi agak seimbang kecuali Singapura, yang sememangya berada dua tiga langkah di hadapan negara-negara serantau lain di dalam bentuk “qualitative military edge” menerusi pemilikan aset-aset udara yang berkualiti tinggi.

0 3,423

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam beberapa tahun akan datang ini, keseimbangan kuasa udara di Asia Tenggara sudah pasti akan berubah  dengan beberapa negara serantau bakal beberapa langkah ke depan dalam aspek kekuatan udara menerusi pembelian aset-aset baru yang jauh lebih berkemampuan berbanding dengan apa yang dimiliki mereka pada ketika ini.

Pada ketika ini keseimbangan kuasa udara di Asia Tenggara masih lagi agak seimbang kecuali Singapura, yang sememangya berada dua tiga langkah di hadapan negara-negara serantau lain di dalam bentuk “qualitative military edge” menerusi pemilikan aset-aset udara yang berkualiti tinggi.

Sebagaimana Israel, Washington sememangnya memiliki dasar untuk membantu sekutu paling rapatnya di sesuatu rantau itu memiliki kelebihan ketenteraan (military edge) berbanding negara-negara jiran yang lain. (yang tidak bersekutu dengannya)

F-15SG
Sebuah pesawat pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura sedang berlepas daripada pangkalan udara negara itu. (gambar kredit ST)

 

Washington akan terus memastikan Singapura berada di hadapan daripada segi ketenteraan.

Sebab itu, Amerika Syarikat tidak menjual pesawat pejuang tercanggihnya, F-35 kepada semua negara, tetapi ia memilih negara-negara sekutu rapatnya sahaja kerana itu adalah antara cara Washington memastikan sekutunya memiliki kelebihan ketenteraan berbanding negara lain yang bukan bersekutunya dengannya.

Singapura dijangka memperolehi pesawat F-35B (vertical short take-off landing -vstol) pertama daripada 12 buah yang dipesannya dalam tahun 2026.

Bagi Singapura,  Amerika Syarikat memainkan peranan yang penting dalam membantu republik itu untuk mengekalkan “qualitative military edge” negara pulau itu berbanding negara-negara jirannya di Nusantara.

Kelebihan Singapura di dalam aspek ketenteraan itu juga dibantu dengan kemampuan kewangan yang ampuh serta komitmen kerajaan mereka terhadap pembangunan dan pemodenan berterusan angkatan tenteranya.

F-35
Singapura bakal mengoperasi 12 buah F-35B (Short Take-Off and Vertical Landing) bermula pada tahun 2026.

 

Di dalam beberapa tahun ke depan ini, negara-negara jiran Malaysia seperti Thailand dan Indonesia bakal merapatkan jurang kekuasaan udara mereka dengan Singapura yang berada di hadapan, menerusi beberapa pembelian aset-aset baru terutamanya pesawat pejuang utama.

Bagi Malaysia, kita masih lagi kekal dengan lapan buah F/A-18D Hornet dan 18 buah Sukhoi Su-30MKM yang akan meneruskan perkhidmatan mereka sehinggalah pada tahun 2035 dan 2040 apabila mereka dibersarakan mengikut pelan CAP55 TUDM.

Adakah perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead In Trainer dan Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) akan membantu kita mengimbangi keseimbangan kuasa udara di Asia Tenggara?

Sudah tentu tidak tetapi ia sedikit sebanyak memastikan jurang di antara kita dengan negara-negara lain di rantau ini menjadi semakin meluas.

Hornet
Pesawat Hawk 208 dengan F/A-18D Hornet TUDM dalam satu latihan dengan pesawat B-52 Amerika Syarikat.

 

Selagi tiada perolehan Multi Role Combat Aircraft (MRCA) di pihak kita, jurang antara kita dengan negara-negara jiran terutamanya Indonesia dan Singapura yang bakal memiliki aset-aset baru akan terus kekal dalam beberapa tahun akan datang ini.

Penggantian pesawat pejuang F/A-18D dan Su-30MKM akan hanya berlaku pada tahun 2035 dan 2040.

Nampaknya, kita perlu menunggu di antara 15 hingga 20 tahun lagi untuk melihat TUDM memiliki pesawat-pesawat MRCA yang baru.

Malah, jiran utara kita, Thailand juga memulakan usaha untuk “meninggalkan” kita dalam aspek kuasa udara menerusi usahanya (sekiranya diluluskan oleh Amerika Syarikat) untuk memiliki sehingga lapan buah pesawat pejuang generasi ke-lima F-35.

Tentera Udara Singapura dengan lebih 40 buah pesawat pejuang F-15SG, 60 buah F-16 serta 12 buah F-35B (short take-off and vertical landing)  dan pesawat-pesawat sokong lain sememangnya sukar untuk ditandingi daripada segi keseimbangan kuasa udara.

Krueger
Pesawat Sukhoi Su-30MKM (TUDM)

 

Ia akan mengambil masa berdekad dan puluhan billion dollar untuk bersaing dengan Singapura dan mengekalkan keseimbangan kuasa udara dengan negara pulau yang kerap kali digelar termasuk oleh kita sebagai “The Little Red Dot.”

Bagi Indonesia pula, dalam beberapa hari ini, ia juga sudah memulakan langkah untuk mengimbangkan diri dalam aspek kekuasaan udara di Asia Tenggara yang selama ini dikuasai oleh Singapura.

Perolehan 42 buah pesawat pejuang Rafale daripada Perancis bernilai RM32 bilion dan kelulusan untuk memperolehi sehingga 36 buah pesawat F-15EX buatan syarikat Boeing (sekiranya perolehan direalisasikan) bernilai RM55 bilion sudah semestinya merapatkan jurang serta mengimbangi kuasa udara di Asia Tenggara yang kini dipegang oleh Singapura.

Selain pesawat pejuang Rafale dan F-15EX (bakal dikenali sebagai F-15ID sekiranya penjualan itu menjadi kenyataan), Tentera Udara Indonesia juga bakal dilengkapi dengan sejumlah pesawat generasi 4.5 buatan Korea Aerospace Industries (KAI) iaitu “KF-21 Boramae.”

KF-21
Pesawat KF-21 ketika melakukan penerbangan sulung.

 

Sebagai rakan kongsi pembangunan pesawat KF-21, Indonesia bakal menghasilkan dalam negara 48 buah pesawat terbabit di dalam negara.

Di dalam beberapa tahun akan datang ini, Tentera Udara Indonesia bakal dilengkapi dengan 42 buah Rafale, 48 buah KF-21 dan 36 buah F-15EX (sekiranya rundingan Jakarta dengan Washington berkenaan penjualan pesawat itu berjalan lancar).

Indonesia sememangnya mahu menjadi kuasa udara yang baru di Asia Tenggara dan ia sedang berusaha melakukannya.

Bagi Thailand pula,  Jemaah menteri negara itu telah meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta (RM2.8 bilion) untuk untuk memperolehi empat buah pesawat pejuang baru dipercayai F-35 Joint Strike Fighter.

Proses pembelian empat pesawat pejuang baru itu akan dilaksanakan pada tahun fiskal akan datang.

F-15EX
Indonesia bakal membeli sehingga 36 buah F-15EX daripada Boeing, sekiranya rundingan dengan Amerika Syarikat berjaya.

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Rafale
Indonesia dijangka memiliki sehingga 42 buah pesawat Rafale di dalam beberapa tahun akan datang ini.

 

Proses pembelian empat pesawat pejuang baru itu akan dilaksanakan pada tahun fiskal akan datang.

Secara keseluruhannya, Thailand merancang untuk memiliki sehingga lapan buah F-35 (sekiranya diluluskan oleh Amerika Syarikat) bagi menambah kekuatan udaranya yang kini bergantung kepada 12 buah Gripen C/D serta puluhan F-16 yang sudah agak berusia.

Dengan apa yang bakal berlaku di Singapura, Thailand dan Indonesia dengan perolehan-perolehan aset udara terkini dan moden dalam beberapa tahun ini, keseimbangan kuasa udara di Asia Tenggara sudah semestinya bakal berubah. 

Manakala di Filipina,  tentera udara negara itu bakal mendapatkan pesawat pejuang mereka yang akan bergandingan dengan pesawat pejuang ringan FA-50 dan kini sedang memilih sama ada F-16V atau Gripen untuk dijadikan pesawat pilihan mereka.— DSA

F-16
F-16 Block 70

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

Comments
Loading...