Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pegawai Bertanggungjawab Program Peluru Berpandu Taiwan Ditemui Mati

Ouyang Li-hsing merupakan naib presiden kepada National Chung-Shan Institute of Science and Technology (NCSIST) dan bertanggungjawab terhadap usaha meningkatkan pengeluaran peluru berpandu negara itu.

0 1,645

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang pegawai tinggi Taiwan yang bertanggungjawab dalam program pembangunan peluru berpandu Taiwan ditemui meninggal dunia di dalam bilik hotelnya dipercayai akibat masalah jantung pada Sabtu.

Ouyang Li-hsing merupakan naib presiden kepada National Chung-Shan Institute of Science and Technology (NCSIST) dan telah mengembara ke selatan pulau itu untuk atas tuntutan tugasan, sebagaimana dilaporkan oleh media tempatan Taiwan.

Dalam laman webnya, institut itu mengesahkan Ouyang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah hotel di Hengchun, Daerah Pingtung pada pagi Sabtu, dengan bilik hotelnya tidak menunjukkan sebarang kesan pencerobohan.

Hsiung Feng
Peluru berpandu Hsiung Feng IIE yang dibangunkan oleh Taiwan.

 

“Pemeriksaan forensik mendapati punca kematian adalah infarksi miokardium dan angina pectoris atau, kegagakan jantung,” katanya.

Media tempatan juga melaporkan bahawa keluarga mendiang mengesahkan bahawa Ouyang sememangnya memiliki sejarah sakit jantung.

Ouyang menyandang jawatannya awal tahun ini dan ditugaskan untuk menyelia “pengeluaran pelbagai jenis peluru berpandu” tentera Taiwan, kata CNA.

NCSIST merupakan sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Taiwan untuk melipatganda pengeluaran peluru berpandunya kepada kira-kira 500 butir setiap tahun, bagi membantu tentera negara pulau itu meningkatkan keupayaan kombatnya pada ketika China mengancam untuk menyerangnya.

Kerajaan pulau itu cuba mempercepatkan pengeluaran peluru berpandunya sendiri dalam menghadapi ancaman ketenteraan yang semakin meningkat yang ditimbulkan oleh China.

DF-16
China telah melancarkan 11 peluru berpandu balistik ke arah kedudukan berhampiran pulau Taiwan.

Parti Komunis China yang memerintah melihat pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berjanji akan mengambilnya suatu hari nanti, secara paksa jika perlu

Ketika ini, Beijing masih meneruskan latihan tentera besar-besarnya di Selat Taiwan bertujuan mempraktikkan sekatan dan pengepungan terhadap pulau itu sebagai reaksi kerasnya terhadap lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke Taiwan yang menimbulkan kemarahan kerajaan China.

Beijing melancarkan beberapa 11 butir berpandu ke beberapa sasaran berhampiran pulau itu dalam latihan itu, dengan kira-kira dua butir peluru berpandu terbang melintasi ruang udara Taiwan.

Hsiung Feng

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Tetapi Taipei enggan mengesahkan atau menafikan laluan penerbangan peluru berpandu itu.

Kerajaan Jepun pula mengatakan bahawa lima butir peluru berpandu yang dilancarkan oleh China dikesan mendarat di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara itu. — DSA

Comments
Loading...