Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pengempur Divisyen Ketiga Laksana Live Fire Manoevre Exercise (LiFMEx)

Latihan ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji keupayaan gabungan penggempur Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) serta bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam melaksanakan aturgerak secara Combined Arms menggunakan peluru hidup. 

0 1,465

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (14 RAMD (Mek)), Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD), Rejimen Keempat Artileri Diraja (4 RAD) dan Skuadron Ke-11 Rejimen Askar Jurutera Diraja (11 RAJD) terlibat dalam Live Firing Manoeuvre Exercise (LiFMEx) yang diadakan di Tapak Bravo, Lapang Sasar Asahan pada 3 Jul 2022. 

Latihan ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji keupayaan gabungan penggempur Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) serta bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam melaksanakan aturgerak secara Combined Arms menggunakan peluru hidup. 

Sepanjang latihan dijalankan, pegawai dan anggota telah mempraktikkan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) dalam situasi gabungan pasukan tempur yang mengaplikasikan elemen asas pertempuran.

3 Div
BTDM

  

Rancangan LiFMEx ini merupakan hasil cetusan idea dari Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bagi membolehkan latihan secara realistik berkonsepkan ‘train as we fight’ dan dilaksanakan berlandaskan Battle-Focused Training secara gabungan serta latihan ini juga merupakan pilot project yang akan dilaksanakan secara berterusan.

Pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.

3 Div
BTDM
3 Div
BTDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

 

— maklumat dan gambar daripada Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia

 

 

Comments
Loading...