Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Gen-5 Mana Lagi Bagus, Su-57 “Felon” Atau F-35 Lightning?

0 1,734

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jika berlaku pertempuran udara (dogfight) diantara pesawat pejuang generasi kelima  buatan Russia, Sukhoi Su-57 “Felon” dengan F-35 “Lightning” buatan Amerika Syarikat,  aset udara manakah akan muncul sebagai pemenang?

Ia adalah persoalan utama yang kerap berlegar-legar dikepala pemerhati ketenteraan dunia, dengan keputusan itu juga bakal melibatkan teknologi negara manakah yang lebih bagus – Russia atau Amerika Syarikat.

Persoalan tentang pesawat generasi kelima manakah yang lebih baik itu cuba dirungkai oleh seorang bekas juruterbang ujian Russia, yang secara terang-terangan (dan berat sebelah) mengatakan pesawat daripada negaranya sudah semestinya akan mengatasi F-35 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin.

Su-57
Su-57

 

Bekas juruterbang ujian (test pilot) Russia itu, Magomed Tolboyev, dalam satu temuramah berkata, pesawat gen-5 Su-57 Russia sudah pasti akan “membunuh” pesawat F-35 Amerika sekirannya pertempuran udara dalam erti kata yang sebenarnya, benar-benar berlaku.

Apa yang dimaksudkannya adalah pertempuran udara (dogfight) itu di antara Su-57 dengan F-35 itu berlaku secara berdepan atau “Within Visual Range (WVR) di mana kedua-dua pesawat terpaksa menggunakan skil dan kemampuan pesawat untuk “outmanuver” masing-masing.  

“Su-57 akan ‘membunuh’ F-35 dengan mudah jika mereka bertembung di antara satu sama lain.”

“Pesawat F-35 tidak boleh “manuver’,  ia tidak mampu berbuat demikian. Bagaimanapun pesawat kebanggaan Amerika itu mempunyai kekuatan di segi elektronik  dan radarnya,” kata Tolboyev.

F-35
Pesawat F-35B Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL)

 

“Sebab itu saya menentang jika kesemuanya bergantung kepada elektronik”, kata test pilot Russia itu, yang menyifatkan pesawat generasi kelima Russia itu “amat menakjubkan” daripada segi prestasi penerbangannya dan kelincahannya tetapi dalam masa yang sama mengakui era untuk pertembungan secara “dogfight” atau Within Visual Range sudah lama berlalu.

Di zaman peperangan udara kini yang amat bergantung terhadap keupayaan sistem elektronik pesawat terbabit dan jarak jangkauan radarnya untuk mengesan musuh, maka kemungkinan berlakunya “dogfight” di antara pesawat-pesawat pejuang juga adalah semakin tipis.

Jikalau pesawat terbabit memiliki kemampuan untuk mengesan musuhnya lama sebelum mereka “bertentang mata”, maka peluang mereka untuk mereka menembak jatuh pesawat itu menggunakan peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) juga adalah lebih tinggi.

Menggunakan peluru-peluru berpandu BVR, pertempuran udara di antara pesawat-pesawat berlaku jauh sebelum mereka “bertentang mata.”

Magomed adalah seorang juruterbang high-profile dan sangat berpengalaman di Russia,  malah juga pernah menjadi test pilot untuk kapal angkasa “Buran” dan penerima pingat “Hero of Russia.”

Su-57
Magomed Tolboyev

 

Peperangan udara kini adalah sangat kompleks dan kemenangan bergantung kepada elemen-elemen yang lain.

Ok, itu adalah pendapat yang disuarakan oleh Magomed, seorang test pilot Russia yang sudah semestinya condong kepada teknologi dan pesawat Russia itu sendiri.

Bagi mereka yang pro kepada pesawat F-35 II Lightning,  pesawat kebanggaan Amerika itu memiliki kelebihan daripada segi segi kemampuan radar dan sistem elektroniknya.

Pesawat Amerika itu mampu mengesan pesawat musuh jauh lebih awal dan pada jarak yang lebih jauh disebabkan kemampuan radarnya yang lebih baik, sekaligus memberikannya kelebihan yang padu.

Su-57

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain itu pesawat F-35 juga adalah halimunan, di mana disebabkan elemen itu menyebabkan pesawat Amerika itu tidak kelihatan pada radar musuh.

Pesawat musuh hanya tahu kehadiran F-35 apabila peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat Amerika “hinggap” di badan pesawat itu.

Pandangan sahabat-sahabat DSA pula bagaimana, mana yang lagi baik, Su-57 atau F-35??? — DSA

 

 

Comments
Loading...