Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perolehan Aset-Aset Utama ATM. Pandangan Netizen….

Netizen telah memberikan ratusan komen di akaun Facebook dan Twitter Defence Security Asia tentang aset-aset paling utama yang perlu diperolehi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada ketika ini. Walaupun ia hanyalah pandangan netizen, tetapi mereka juga adalah pembayar cukai yang mahu melihat wang mereka disalurkan ke tempat yang sepatutnya.

0 4,701

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Persoalan mengenai pertahanan negara sememangnya amat dekat di hati rakyat Malaysia, terutamanya ketika negara berhadapan dengan pelbagai cabaran keselamatan yang getir antaranya yang  melibatkan Laut China Selatan, Sabah dan Selat Melaka.

Pagi tadi apabila Defence Security Asia melontar soalan tentang apakah aset paling utama yang perlu diperolehi oleh Angkatan Tentera Malaysia pada ketika ini, ratusan netizen di akaun FB dan Twitter DSA telah memberikan pandangan mereka.

Admin menghargai pandangan-pandangan bernas dan semoga pandangan mereka menerima respons positif daripada pembuat-pembuat dasar di Kementerian Pertahanan.

ATMOS
ATMOS Tentera Filipina

netizen

Antara yang memberikan pandangan bernas di laman FB DSA adalah rakan netizen yang menggunakan nama “Sani Ahmad” yang antaranya meminta ATM mempertimbangkan pembelian peluru berpandu anti-kapal shore-based seperti BAL/K-300 Bastion-P, Brahmos dan Naval Strike Missile (NSM).

Peluru-peluru berpandu anti-kapal shore-based ini menurut beliau, adalah untuk mempertahankan kawasan-kawasan pesisir pantai negara daripada ancaman kuasa asing.

Admin pasti, “Sani Ahmad” juga memikirkan sistem yang sama untuk ditempatkan di lokasi-lokasi seperti Pulau Layang-Layang, Beting Patinggi Ali dan lain-lain yang berhadapan dengan ancaman pihak asing yang cuba meluaskan wilayah mereka di Laut China Selatan.

Pandangan yang dilontarkan oleh “Sani Ahmad” amat komprehensif, boleh baca pandangan beliau itu di laman FB DSA. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk memberikan pandangan bernas.

Bagi “Salleh Rodzi” pula, apa yang diperlukan oleh ATM pada ketika ini adalah “seorang menteri yang memikirkan keperluan Angkatan Tentera Malaysia”.    

FA-50
Pesawat FA-50

netizen

Mungkin beliau maksud adalah ATM memerlukan Menteri Pertahanan yang dapat memperjuangkan keperluan ATM dan memastikan anggota tentera kita sama ada Tentera Udara, Darat dan Laut memperolehi apa yang mereka mahukan.

Jika kita dapat menteri sedemikian, tidaklah pihak TLDM sebagai contohnya, berhadapan dengan masalah 61 peratus daripada aset-aset mereka berhadapan dengan masalah keusangan.

Rakan netizen yang mengelar dirinya “Pucang Kalak” pula menulis “kepimpinan jujur dan amanah. Mahal tiada nilai”. Pandangan yang cukup mendalam dan tepat.

Bagi “Ahmad Muhammad” pula, beliau mencadangkan secara sindiran bahawa ATM perlu “membeli Menteri Pertahanan yang berkaliber terlebih dahulu.”

Sementara itu, ATM perlu memperolehi aset-aset ini dengan segera meliputi Medium Extended Air Defense System (MEADS), Multi Role Combat Aircraft (MRCA), Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dan Ground Launched Cruise Missile (GLCM), sebagaimana dicadangkan oleh netizen bernama “Mie KeCheq.”

Sea Guardian
Pesawat Tanpa Pemandu “MQ-9B Sea Guardian”

Netizen

Netizen yang menggelar dirinya “Zul Alif” pula mencadangkan supaya ATM memperolehi dron jarak jauh dan dron kamikaze manakala bagi “Rosli Omar”pula mencadangkan supaya negara memperolehi sistem pertahanan udara buatan Russia iaitu S-300 dan S-400.

Ada juga netizen yang mencadangkan supaya ATM memperolehi sistem pertahanan udara S-500 yang Russia baru sahaja perkenalkan.

Ramai juga dikalangan netizen dan sahabat-sahabat Defence Security Asia seperti “MN Sayfullah” yang mencadangkan supaya negara menambah pegangan kapal selam mereka daripada dua buah pada ketika ini kepada lima buah.

Mogami
Kapal friget kelas-Mogami

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Sementara di akaun Twitter DSA pula, netizen bernama “The Sukhoi 30 MKM” mencadangkan supaya ATM memperolehi aset maritim dan aset udara terutamanya Light Combat Aircraft, Maritime Patrol Aircraft, MRCA, Littoral Combat Ship, Littoral Mission Ship dan Offshore Patrol Vessel.

Bagi “med”,  beliau menulis “ jangan terlalu kuat berpolitik sangat. Negara jiran disekeliling kita jauh lebih maju kedepan terhadap aset-aset ketenteraan. TDM, TUDM, TLDM semua memerlukan aset yang terkini.”

“Teh Tarik Halia”  pula mencadangkan “first thing sebelum beli sebarang aset, lantik orang ada background ketenteraan sebagai menteri, bukan lantik orang politik.” — DSA

 

 

Comments
Loading...