Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kad UNHCR Diberi Pada Warga Indonesia Dan India? KDN Hairan….

Bagi Defence Security Asia, adakah pemberian kad-kad UNCHR kepada warga bukan daripada negara-negara bergolak di Malaysia merupakan tindakan sistematik oleh agensi PBB itu dan adakah ia mempunyai agenda tersembunyi disebalik tindakannya itu. 

0 2,594

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bukan sahaja  lebih daripada 100,000 etnik Rohingya telah diberikan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) untuk tinggal di Malaysia,  tetapi kini agensi itu turut dikesan mengeluarkan kad terbabit kepada warga Indonesia dan India.

Kementerian Dalam Negeri meluahkan rasa hairannya bagaimana agensi PBB tentang pelarian itu boleh mengeluarkan kad terbabit kepada warga dua buah negara tidak bergolak iaitu India dan Indonesia. 

Bagi Defence Security Asia, adakah pemberian kad-kad UNCHR kepada warga bukan daripada negara-negara bergolak di Malaysia merupakan tindakan sistematik oleh agensi PBB itu dan adakah ia mempunyai agenda tersembunyi disebalik tindakannya itu. 

Rohingya
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin

 

Perlu diteliti dengan mendalam tindakan oleh UNHCR ini.

Sehubungan dengan itu,  menterinya Hamzah Zainuddin berkata kementerian akan memanggil wakil UNHCR di Malaysia untuk mengemukakan bukti kesalahan yang dilakukan oleh agensi itu dalam mengeluarkan kad kepada warga kedua-dua negara itu.

“Contoh dalam operasi ini, bagaimana seorang warga Indonesia boleh mendapat kad UNHCR sedangkan mereka bukan dari negara bergolak. Disebabkan itu, kita mahu beritahu kepada UNHCR bahawa ini adalah negara kita, jangan keluarkan kad dengan sewenang-wenangnya atas persetujuan Persatuan Rohingya.

“Ini menunjukkan mereka seolah-olah ada kerjasama kerana mana boleh satu persatuan yang tidak tertubuh dan tidak didaftarkan di Malaysia melakukan sesuatu dengan mengeluarkan satu surat mengatakan warga Indonesia ini patut diberikan perlindungan melalui UNHCR.

“Sudah nampak ada bukti kesalahan yang dilakukan pihak terbabit termasuk UNHCR,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan selepas menyertai operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pasar Besar Meru.

Rohingya

Pihaknya menurut beliau telah mengesan kerjasama UNHCR dalam mengeluarkan kad serta surat menggunakan nama persatuan Rohingya kepada individu warga Indonesia dan India yang bukannya pelarian.

Dalam operasi itu di Pasar Besar Meru itu,seramai 704 warga asing dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan India berusia antara setahun hingga 55 tahun diperiksa.

Katanya, daripada jumlah itu, 637 individu mempunyai kad UNHCR, manakala 51 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen.

Rohingya

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Hasil pemeriksaan, pihaknya mengesan beberapa individu warga Indonesia serta India yang tidak layak mempunyai kad dan surat yang dikeluarkan oleh UNHCR.

Hamzah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud sindiket dalam mengeluarkan kad UNHCR.

“Susulan itu, kita akan memanggil wakil UNHCR untuk menunjukkan bukti kesalahan yang dikesan ini termasuk menyertakan dokumen yang disalah guna dan diberikan kepada warga asing yang tidak layak,” katanya. — DSA

 

 

Comments
Loading...