F-22 Raptor Bakal Dihantar Ke “Kubur” Bersama Tiga Pesawat Pejuang Lain
Dibawah program yang dilancarkan oleh Panglima Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral CQ Brown, antara pesawat-pesawat kombat yang akan dibersarakan dan dihantar ke “tapak perkuburan” (boneyard) di Arizona termasuklah F-15C/D, F-15E, A-10 dan F-22 Raptor.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat bercadang untuk menamatkan perkhidmatan beberapa jenis pesawat pejuangnya, sekaligus mengurangkan jenis-jenis pesawat pejuang yang dioperasinya daripada tujuh jenis kepada hanya empat.
Ia lebih kurang sama dengan program 15 to 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengurangkan jenis-jenis kapal yang dioperasikan oleh TLDM.
Pada ketika ini, negara kuasa besar dunia itu memiliki tujuh jenis pesawat kombatnya terdiri daripada F-22 Raptor, F-35 Joint Strike Fighter, F-15C/D, F-15E, F-15EX Super Eagle, F-16 Fighting Falcon dan A-10 Thunderbolt.
Walaupun dianggap sebagai negara kuasa tentera dunia, namun menguruskan tujuh jenis pesawat kombat turut juga sudah cukup untuk “memeningkan kepalanya” pihak pengurusan kanan Tentera Udara Amerika Syarikat.
Pengurangan jenis-jenis pesawat itu juga adalah suatu menangani pembaziran memandangkan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pesawat terbabit kadangkala bertindan (overlap) di antara satu sama lain.
Amerika Syarikat yang mempunyai bajet pertahanan yang besar (beratus billion Amerika setiap tahun) juga mahu mengurangkan jenis-jenis pesawat kombatnya dan menumpukan kepada pesawat-pesawat yang boleh melakukan pelbagai jenis tugasan.
Dibawah program yang dilancarkan oleh Panglima Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral CQ Brown, antara pesawat-pesawat kombat yang akan dibersarakan dan dihantar ke “tapak perkuburan” (boneyard) di Arizona termasuklah F-15C/D, F-15E, A-10 dan F-22 Raptor.
Walaupun begitu secara teknikalnya, ia akan masih memiliki lima jenis pesawat kombat kerana sejumlah 173 buah pesawat A-10 Thunderbolt akan hanya dibersarakan pada 2030-an.
Antara yang akan ditamatkan perkhidmataannya dalam beberapa tahun mendatang ini adalah F-22 Raptor, yang akan digantikan dengan pesawat generasi ke-enam Amerika Syarikat dikenali sebagai “Next Generation Air Dominance” (NGAD).
Masih dirahsiakan rekabentuknya dan spesifikasinya, tetapi prototaip NGAD telah pun melakukan penerbangan sulungnya.
Persoalannya, adakah Amerika Syarikat sebagai kuasa tentera dunia cukup dengan empat buah jenis pesawat?
Jawapannya adalah, empat jenis pesawat-pesawat berpemandu itu akan dibantu oleh pelbagai jenis pesawat-pesawat tanpa pemandu (unmanned) untuk melaksanakan pelbagai tugas terutamanya yang amat berbahaya seperti Close Air Support (CAS).
Pesawat-pesawat tanpa pemandu adalah masa depan untuk peperangan udara (the future of air war) di mana kebanyakkan misi-misi dan operasi bakal dilaksanakan oleh pesawat-pesawat tanpa pemandu.
Sebab itulah, kita dapat lihat negara-negara seperti Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa tentera dunia yang lain banyak membelanjakan wang ringgit mereka dalam membangunkan sistem pesawat tanpa pemandu kerana ia adalah masa depan.
Malah negara jiran seperti Thailand juga sudah merangka pelan di mana ia hanya akan memperolehi empat buah pesawat pejuang generasi ke-lima dan dibantu dengan perolehan sistem pesawat tanpa pemandu seperti Boeing Loyal Wingman untuk membantu tugas pesawat-pesawat berpemandu. — DSA