Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Tamatkan Khidmat 33 Buah F-22 Raptor Sebab “Tak Cukup Duit”

Antara sebab paling utama mengapa Tentera Udara Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan 33 buah F-22 Raptor itu adalah kerana negara kuasa besar itu tidak mampu menanggung kos pengoperasiannya yang tinggi menjangkau berbilion dollar Amerika.

0 5,940

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat bakal menamatkan perkhidmatan 33 buah pesawat pejuang penguasaan udara (air-dominance) “tercanggihnya” iaitu F-22 Raptor bermula daripada tahun 2030 kerana beberapa sebab.

Dengan keputusan untuk membersarakan 33 buah F-22 Raptor, bilangan pesawat itu akan tinggal kepada hanya 153 buah pesawat berbanding bilangan asal pesawat yang dibuat oleh syarikat Lockheed Martin iaitu 186 buah.

Sejumlah 33 buah pesawat F-22 Raptor yang dibersarakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat itu adalah daripada varian Block 20 yang sememangnya sudah berusia dan tidak lagi digunakan untuk tugas-tugas aktif di medan depan.

F-22 Raptor

Pesawat-pesawat F-22 Block 20 yang akan ditamatkan khidmat itu menurut pegawai tentera udara Amerika Syarikat kini hanya beroperasi sebagai pesawat latihan untuk tentera udara negara itu.

Antara sebab paling utama mengapa Tentera Udara Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan 33 buah F-22 Raptor itu adalah kerana negara kuasa besar itu tidak mampu menanggung kos pengoperasiannya yang tinggi menjangkau berbilion dollar Amerika.

Ia mahu menggunakan duit yang berjaya dijimatkan menerusi penamatan khidmat 33 buah pesawat F-22 itu  untuk menaiktaraf pesawat-pesawat pejuang itu yang masih beroperasi dengan sistem avionik dan sensor yang lebih moden.

F-22 Raptor
Sebuah pesawat pejuang F-22 “Raptor” sedang memintas pesawat pengebom Russia.

 

Kerja-kerja menaiktaraf 33 buah F-22 Raptor itu dijangka akan memakan belanja yang amat besar disebabkan faktor usia berbanding varian lain pesawat itu dan Tentera Udara Amerika tidak mahu “membazir” terhadapnya.

Duit yang berjaya dijimatkan itu juga akan digunakan untuk memperolehi lebih banyak pesawat pejuang F-35 serta membangunkan pesawat pejuang generasi ke-enam Amerika Syarikat dikenali sebagai “New Generation Air Dominance” (NGAD).

Sebagai tentera udara yang paling berkemampuan dan “berduit”, Tentera Udara Amerika Syarikat juga berhadapan dengan kekangan kewangan, sama seperti tentera udara negara-negara lain yang berhadapan dengan isu pengurangan peruntukan pertahanan.

F-22 Raptor
Pesawat F-22 Raptor

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Keputusan membersarakan 33 pesawat F-22 disebabkan masalah kekangan kewangan antara sebab dinyatakan berlaku pada ketika Presiden Amerika Syarikat Jo Biden memohon peruntukan US$770 bilion untuk Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk tahun depan.

Peruntukan sebanyak US$770 bilion untuk pertahanan termasuk Tentera Udara Amerika Syarikat pun masih tidak cukup sehinggakan negara kuasa besar itu terpaksa membersarakan 33 pesawat F-22 Raptor dalam usahanya untuk mengoptimakan peruntukan pertahanannya. — DSA

Comments
Loading...