TUDM Guna “Meriam Bunyi” Long Range Acoustic Device (LRAD)
Setakat ini tiada maklumat mengenai jumlah alatan LRAD yang digunakan oleh TUDM/Angkatan Tentera Malaysia (ATM), walaupun terdapat laporan mengatakan bahawa TUDM memperolehi tiga buah alatan itu untuk digunakan oleh tentera udara.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekitar tahun 2020, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengeluarkan beberapa keping gambar di dalam media sosialnya menunjukkan krew helikopter HC225M miliknya mengendalikan peralatan dipanggil “Long Range Acoustic Device” (LRAD).
Gambar itu juga menunjukkan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad melihat dengan lebih dekat pengendalian alatan LRAD itu oleh krew helikopter HC225M itu.
Setakat ini tiada maklumat mengenai jumlah alatan LRAD digunakan oleh TUDM/Angkatan Tentera Malaysia (ATM), walaupun terdapat laporan mengatakan bahawa TUDM memperolehi tiga buah alatan itu untuk digunakan oleh tentera udara.
Di Amerika Syarikat, pihak-pihak tertentu membantah penggunaan LRAD terhadap mereka yang berhimpun secara aman.
Kita juga tidak mempunyai maklumat syarikat pembuat alatan LRAD yang digunakan oleh anggota tentera kita dan tujuan apakah ATM menggunakan LRAD itu.

Bagaimanapun, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menggunakan LRAD ini di rantau Asia Tenggara kerana Singapura juga melengkapkan kapal Littoral Mission Vessel (LMV) dengan LRAD, dan pasukan polis Filipina turut menggunakannya “meriam bunyi” itu.
Vietnam juga melengkapkan beberapa buah kapal perondanya dengan peralatan LRAD ini.
Apakah LRAD?

Dipanggil “Voice of God”, ia adalah sejenis “senjata” tetapi berbanding dengan senjata-senjata konvensional lain digunakan oleh anggota tentera yang melancarkan peluru untuk membunuh musuh, LRAD ini hanya mengeluarkan bunyi yang amat kuat sehingga boleh mencederakan serta menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa yang disasarkannya.
Sebab itulah LRAD walaupun adalah senjata non-lethal, tetapi ia juga dipanggil “Meriam Bunyi” (Sound Cannon) dan “Senjata Sonic” (Sonic Weapon).
Comments are closed.