SU-30MKM Dan GBU-12 Paveway, “Kejayaan” Masih Menjadi Bualan
Berlaku pada November 2016 itu di LASARUD (Lapang Sasar Udara), Kota Belud, sebuah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM buatan Russia daripada pangkalan TUDM di Gong Kedak telah mengugurkan bom panduan laser “GBU-12 Paveway II” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada November 2016, bertempat di Lapang Sasar Udara (LASARUD) di Kota Belud, sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menunjukkan keupayaanya yang menjadi “bahan perbualan” pemerhati pertahanan seluruh dunia.
Malah kejayaan TUDM yang menjadi “bahan perbualan” pemerhati pertahanan seluruh dunia (terutamanya negara-negara jiran) masih lagi menjadi buah mulut sehingga kini, walau pun sudah lima tahun ia berlalu.
TUDM sehingga kini pun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai “kejayaan” itu, malah video pendek mengenainya telah ditarik balik tidak lama selepas ia diupload di page Facebook TUDM.
Mungkin TUDM mempunyai sebab tertentu mengapa ia tidak mahu “kejayaan” itu digembar-gemburkan, menyebabkan video pendek itu ditarik-balik daripada akaun media sosialnya.
Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada TUDM dan video pendek itu telah ditarik balik, ia tidak menghalang peminat-peminat pertahanan dalam dan luar negara untuk membincangkan kemampuan TUDM dalam mengintegrasikan teknologi daripada Russia dan Amerika Syarikat.
Bagi mereka yang sudah lupa tentang “kejayaan gempak” TUDM lima tahun lepas itu, jom kita imbau kembali.
Sebagaimana yang admin tulis, pada November 2016 itu di LASARUD, Kota Belud sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKM daripada pangkalan TUDM di Gong Kedak telah mengugurkan bom panduan laser “GBU-12 Paveway II” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.
Ia adalah kali pertama TUDM mengesahkan (sebelum video pendek itu ditarik balik) bahawa pesawat-pesawat buatan Russia-nya berkemampuan menguggurkan bom pintar buatan Amerika Syarikat.
Bom panduan laser itu digugurkan ketika Eks Paradise (Paradrop, Deep strike, Insertion and Extraction).

Laporan daripada blog-blog pertahanan tempatan mengatakan bahawa bom pintar di dipandu ke sasaran oleh anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) menggunakan Ground Laser Target Designator (GLTD).
Comments are closed.