Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Catat Rekod Pemegang Jam Tertinggi Helikopter Airbus H22M Di Asia

Untuk rekod, terdapat 12 buah H225M digunakan TUDM sejak tahun 2012 yang secara keseluruhannya telah mengumpulkan lebih daripada 20,000 jam penerbangan. 

0 2,853

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatat rekod sebagai pemegang jumlah jam penerbangan tertinggi di Asia bagi helikopter tentera Airbus H225M (dahulu dikenali sebagai EC725)

Airbus menerusi kenyataan memaklumkan pencapaian itu diraikan di Pangkalan Udara Kuantan hari ini, dengan penyampaian anugerah oleh Ketua Serantau Airbus Helicopters Asia Pasifik Vincent Dubrule kepada Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad. 

“Fleet helikopter H225M Tentera Udara Diraja Malaysia sebanyak 12 unit ini telah berkhidmat semenjak 2012 lagi.

“Direka bentuk untuk menangani misi yang paling mencabar, helikopter H225M telah mengambil bahagian dan menyertai pelbagai misi latihan dan kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan semasa banjir dan operasi menyelamatkan nyawa termasuk cabaran menangani pandemik Covid-19.

“Secara keseluruhan, kesemua unit tersebut berjaya mengumpulkan sejumlah 20,000 jam penerbangan,” kata kenyataan itu.

H225M
Helikopter Airbus H225M (EC 725) milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

 

Turut hadir  pada majlis adalah Timbalan PTU Left Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi Airbus Helicopters Asia Pasifik Gerard Pau dan Wakil Ketua Negara Airbus di Malaysia Raymond Lim. 

Turut diraikan ialah juruterbang TUDM yang masing-masing mencapai 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan menerusi helikopter H225M. 

Untuk rekod, terdapat 12 buah H225M digunakan TUDM sejak tahun 2012 yang secara keseluruhannya telah mengumpulkan lebih daripada 20,000 jam penerbangan. 

Nuri
Helikopter S-61A4 “Nuri” (depan) dan helikopter H-225M (dibelakang).

 

Helikopter tersebut direka bentuk bagi menangani misi paling mencabar dan telah digunakan dalam pelbagai misi latihan dan kemanusiaan termasuk operasi menyelamat semasa banjir. 

Tambah kenyataan berkenaan, aset tempur pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti keupayaannya, helikopter H225M (EC 725 AP) membolehkan pasukan tentera dihantar ke mana sahaja pada bila-bila masa diperlukan.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Pada masa kini, sejumlah 125 helikopter H225M berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia.

“Selain Malaysia, negara Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Singapura, Thailand dan Kuwait juga bergantung kepada keupayaan helikopter H225M untuk menyokong dan melaksanakan misi mereka yang paling mencabar,” ujarnya. — DSA

 

Comments
Loading...