Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pod Sasaran “ATFLIR” F/A-18D Hornet TUDM Pastikan Tiada Sasaran Terlepas

Dibawah program dinamakan “Engineering Change Proposal 618 (ECP)” pesawat-pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dinaiktaraf “25X” dengan beberapa kelengkapan baru termasuklah dilengkapi dengan Pod Sasaran ATFLIR bagi menggantikan Pod Sasaran Nite Hawk yang digunakan sebelum ini.

0 6,080

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pod Sasaran (Targeting Pod) “ATFLIR” atau Advanced Targeting Forward Looking Infra Red telah dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon bagi memastikan pesawat pejuang yang dilengkapinya berjaya melaksanakan misi-misi menggempur sasaran udara dan darat.

Bagi pesawat-pesawat pejuang moden, pod sasaran adalah amat penting dan peralatan kritikal yang boleh menentukan kejayaan sesuatu misi.

Pada tahun 2011 dibawah program dinamakan “Engineering Change Proposal 618 (ECP)” pesawat-pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dinaiktaraf “25X” dengan beberapa kelengkapan baru termasuklah dilengkapi dengan Pod Sasaran ATFLIR bagi menggantikan Pod Sasaran Nite Hawk yang digunakan sebelum ini.

Pod Sasaran ATFLIR memastikan kejayaan sesuatu misi dengan menggabungkan kemampuan terkini dalam Elektro-Optikal (EO) dan sensor Infra-Red dengan pancaran laser yang paling berkemampuan di pasaran pada ketika ini.

ATFLIR berkemampuan untuk mengesan dan menentukan sasaran daripada jarak melebihi 40 batu nautika dan altitud melebihi 50,000 kaki di udara, selain menyalurkan sebarang maklumat yang dicerna oleh ATFLIR kepada pihak lain dalam suasana pertempuran yang saling berkait (networked battle space) dengan kelajuan dan ketepatan.

Hornet
Pod sasaran Advanced Targeting Forward Looking Infra Red (ATFLIR) oleh Raytheon yang digunakan oleh pesawat Hornet TUDM.

 

Daripada ketinggian 50,000 kaki di udara dan jauh lebih daripada 40 batu nautika, pesawat-pesawat F/A-18D TUDM boleh membedil sasarannya dengan tepat, menggunakan kecanggihan Pod Sasaran ATFLIR yang dimilikinya.

Bagaimanapun Pod Sasaran ATFLIR itu perlu digandingkan dengan Laser Guided Munitions (LGM) yang berkemampuan juga, supaya kemampuan mereka adalah selari.

Penggunaan ATFLIR pada pesawat-pesawat pejuang F/A-18D Hornet TUDM telah memberikan juruterbang dan Weapon System Officer (WSO) kemampuan mengesan dan mengenalpasti sasaran pada kedudukan yang lebih jauh berbanding Pod Sasaran yang digunakan sebelum ini.

ATFLIR

Pod Sasaran terbaru ini juga memberikan pesawat kemampuan untuk menilai sasaran dengan ketepatan yang amat tinggi, kemampuan laser terkini dan penjanaan imej-imej amat jelas menggunakan komponen Elektro-Optikal serta Infra-Red paling moden.

Turut digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat, penilaian operasi terhadap kemampuan ATFLIR dikatakan adalah antara penilaian operasi yang paling berjaya dalam sejarah Tentera Laut negara itu.

ALFLIR didapati telah melepasi segala parameter yang telah ditetapkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

Hornet

Dibawah program menaiktaraf ECP itu, selain melengkapkan pesawat Hornet TUDM dengan Pod Sasaran ATFLIR, Boeing turut mengintergrasikan pesawat dengan kemampuan dan teknologi baru yang lain termasuk Joint Helmet-Mounted Cueing System (JHMCS) yang dibangunkan oleh Boeing dan kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X.

Ia juga dilengkapi dengan Global Positioning System guidance kits untuk GBU-31, -32, -38 dan -54 Joint Direct Attack Munitions (JDAM).

Dengan kerja-kerja menaiktaraf “25X” itu, pesawat-pesawat F/A-18D Hornet TUDM sememangnya setaraf sekurang-kurangnya dengan F/A-18E/F Super Hornet Block 1.

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM .

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Bagaimanapun, menuju ke hadapan adalah lebih cost-effective untuk mendapatkan pesawat-pesawat pejuang yang baru dengan teknologi terkini untuk “counter-balance” kemampuan udara negara-negara jiran.

Pada tahun 2026, Singapura dijangka memperolehi pesawat pertama F-35B miliknyanya yang pertama, Thailand juga bercadang memiliki pesawat generasi kelimanya dan telah meluluskan peruntukan untuk mendapatkannya manakala di Indonesia, mereka sedang menimbang sama ada hendak mendapatkan pesawat Rafale atau varian terkini F-15 atau kedua-duanya sekali.

Di Filipina, persaingan dikatakan adalah di antara Gripen dan varian terkini F-16.

— DSA

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet bersama-sama Su-30MKM, MiG-29N serta Hawk 100.

 

 

Comments
Loading...