Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Dakwa Tubir Selatan (South Ledge), Karang Singa Miliknya. M’sia Bagaimana?

Tubir Selatan (South Ledge) terletak berhampiran dengan Batuan Tengah (Middle Rocks) milik Malaysia di laluan sibuk perkapalan, tetapi Indonesia mengaku batuan maritim itu sebagai miliknya. Apa reaksi Malaysia?

0 5,185

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, media-media Indonesia telah melaporkan bahawa Menteri Dalam Negerinya Tito Karnavian telah melakukan lawatan terhadap Karang Singa dan Tubir Selatan (South Ledge) yang didakwa sebagai milik negara itu.

Karang Singa ini terletak tidak jauh daripada South Ledge, Middle Rocks (Batuan Tengah) dan Batu Puteh di laluan perkapalan di Selat Singapura yang amat sibuk.

Menerusi keputusan yang dicapai oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Mei 2008, Middle Rocks diputuskan sebagai milik Malaysia manakala Batu Puteh pula adalah milik Singapura.

 Pihak ICJ tidak membuat keputusan jelas mengenai kedudukan Tubir Selatan, ciri maritim yang hanya muncul waktu air surut, kerana ianya terletak di kawasan perairan bertindih di antara tanah besar Semenanjung Malaysia, Batu Puteh dan Batuan Tengah.

Malaysia dan Singapura telah pun menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk menggariskan sempadan maritim di kawasan sekitar Batu Puteh dan Batuan Tengah serta menentukan hak kedaulatan ke atas Tubir Selatan.

Tubir Selatan
Tubir Selatan (South Ledge). Gambar kredit kepada www.topographysurvey.com

 

Malaysia dan Singapura sedang berunding untuk menentukan siapa pemilik Tubir Selatan dan Indonesia tidak termasuk dalam rundingan ini.

Memandangkan kedudukan Tubir Selatan itu lebih dekat dengan Batuan Tengah berbanding Batu Puteh, maka kemungkinan besar ia akan dimiliki oleh Malaysia, malah difahamkan sudah ada didirikan monumen yang menandakan bahawa Tubir Selatan itu adalah milik Malaysia.

Jika Tubir Selatan itu adalah milik Malaysia, mengapa Indonesia mahu menuntut sebagai miliknya?

Bagaimanapun dalam lawatannya ke Karang Singa dan Tubir Selatan baru-baru ini, Tito berkata Tubir Selatan dan Karang Singa (yang terletak tidak jauh daripada Tubir Selatan) terletak di dalam wilayah Indonesia dan adalah hak milik negara itu.

“Kami ke Kepri (singkatan Kepulauan Riau) tujuan nomor satu adalah untuk melihat dua karang penting yaitu Karang Singa dan Karang Selatan (Tubir Selatan). Mengapa? Karena letaknya di Selat Malaka dan masuk wilayah teritorial kita,” jelas Tito dalam kenyataan medianya yang disiarkan oleh portal Detik.com.

Tubir Selatan
Tubir Selatan (South Ledge). Gambar kredit  kepada www.topographysurvey.com

 

Admin tidak pasti siapa pemilik Karang Singa, tetapi Indonesia mengatakan ia adalah pemilik terumbu karang itu sambil mendakwa Malaysia telah bertindak memasukkan Karang Singa itu di dalam peta rasmi wilayahnya.

Dalam lawatan itu, Tito berkata ia memandang kedua-dua terumbu karang itu sebagai “choke point” yang amat penting dan perlu diberikan tanda yang menunjukkan bahawa ia adalah milik republik Indonesia.

Pihak berkuasa negara itu katanya, bercadang untuk membina Rumah Api (Mercusuar) di kedua-dua terumbu karang itu.

Tubir Selatan

“Mercusuarnya dibuat tahun ini, kita ingin tanda itu menunjukkan bahwa memang berdaulat teritorial kita,” tutur Tito dan menambah beliau tidak mahu insiden Sipadan-Ligitan itu berulang terhadap Indonesia.

Apa reaksi Malaysia sekiranya pihak Indonesia meneruskan hasratnya mendirikan Rumah Api di Tubir Selatan itu? ICJ hanya menyatakan bahawa hanya Malaysia dan Singapura berunding untuk menentukan pemilikan Tubir Selatan, ia tidak menyebut apa-apa tentang Indonesia.

Bagaimanapula reaksi Malaysia terhadap tindakan Jakarta mahu membina rumah api di Karang Singa itu dan mengaku terumbu karang itu sebagai miliknya?

Kita nantikan kenyataan daripada Wisma Putra. — DSA

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Comments
Loading...