Malaysia Sedang “Dihimpit” Negara Pengguna Pesawat Gen-5, Halimunan?
Malaysia kini seolah-olah “dihimpit” oleh negara jiran di selatan dan utara yang sedang melengkapkan tentera udara masing-masing dengan pesawat halimunan generasi kelima. Apa impak kepada pertahanan udara kita apabila negara-negara jiran (selatan dan utara) memiliki pesawat-pesawat pejuang halimunan?
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, kabinet Thailand meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta (RM2.8 bilion) untuk tentera udara negara itu membuat perolehan empat buah pesawat pejuang baru dipercayai F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.
Peruntukan itu merupakan langkah pertama Thailand untuk memperolehi lapan buah pesawat generasi kelima dipercayai F-35 bagi menggantikan pesawat-pesawat F-16A/B yang berpengkalan di Wing 1 di Nakhon Ratchasima.
Peruntukan itu adalah untuk dibelanjakan pada tahun 2023 hingga 2026 bagi memperolehi empat buah pesawat halimunan itu, manakala peruntukan untuk empat lagi buah pesawat pejuang mungkin akan datang pada tempoh 2026-2030.
Tentera Udara Thailand akan menubuhkan dua jawatankuasa diketuai oleh pegawai-pegawai kanan untuk mengkaji tentang perolehan pesawat pejuang generasi kelima itu.
Kalau kita perhatikan, cara perolehan peralatan pertahanan Thailand adalah ia membeli sedikit-sedikit berbanding dengan kita yang membeli sekaligus 18 buah pesawat. Kedua-dua cara memiliki pro dan kontra.
Langkah Thailand memperolehi pesawat pejuang halimunan F-35 (berkemungkinan varian “A”), sekiranya terbukti benar, menyusul langkah negara jiran di selatan tanahair, Singapura pada 2018 yang memutuskan untuk melengkapkan tentera udara republik itu dengan pesawat F-35B yang merupakan varian “Short Take-Off and Vertical Landing” (STOVL).
Varian F-35B STOVL ini adalah lebih mahal berbanding F-35A yang mungkin diperolehi oleh Thailand kerana ia adalah adalah lebih strategik, memandangkan pesawat boleh berlepas dan mendarat di landasan yang pendek dan tidak lengkap.
Singapura yang menyertai program pembangunan pesawat F-35 itu dijangka akan mula menerima pesawat generasi kelima itu bermula daripada tahun 2026, manakala Thailand pula dijangka mula menerima pesawat pejuang barunya sebelum tahun 2030.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Malaysia kini seolah-olah “dihimpit” dengan negara-negara jiran di selatan dan utara kita yang sedang melengkapkan tentera udara masing-masing dengan pesawat halimunan generasi kelima.
Comments are closed.