Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenderaan Perisai Tempatan, “Tarantula” Bakal Sertai Tender Penggantian Condor

Penyertaan kenderaan perisai “Tarantula” dalam tender penggantian Condor yang bakal dibuka tidak lama lagi itu amat baik untuk industri pertahanan tempatan kerana ia mengketengahkan satu produk keluaran tempatan yang direkabentuk 100 peratus oleh anak-anak tempatan.

0 4,442

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya tender perolehan kira-kira 400 kenderaan berperisai untuk menggantikan Condor Tentera Darat yang dikatakan bakal dibuka tidak lama lagi, bukan sahaja akan disertai oleh syarikat-syarikat asing sahaja tetapi sebuah syarikat tempatan juga akan turut bersaing.

Defence Security Asia difahamkan bahawa syarikat tempatan milik 100 peratus Bumiputera, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF) akan mempertaruhkan kenderaan berperisai “Tarantula” untuk tender penggantian Condor yang bakal dibuka itu.

“Tarantula akan memasuki tender penggantian kenderaan perisai Condor,”menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya kepada DSA hari ini.

Penyertaan kenderaan perisai “Tarantula” dalam tender penggantian Condor yang bakal dibuka tidak lama lagi itu amat baik untuk industri pertahanan tempatan kerana ia mengketengahkan satu produk keluaran tempatan yang direkabentuk 100 peratus oleh anak-anak tempatan.

“Tarantula” bukanlah kenderaan perisai luar yang dipasang secara berlesen oleh syarikat tempatan dan dinamakan (re-badge) sebagai “kenderaan tempatan”.

Tarantula
“Awas” bakal-bakal pesaing tender penggantian kenderaan perisai Condor yang bakal dibuka tidak lama lagi.

 

Kenderaan keluaran MILDEF itu adalah 100 peratus direkabentuk oleh anak tempatan dan dikeluarkan oleh syarikat 100 peratus Bumiputera.  

Pada April lepas, bercakap ketika majlis penamaan “Tarantula” Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kereta perisai itu telah melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan.

“Dari segi ujian atas jalan raya selama sembilan hari, ia merangkumi perjalanan 700 kilometer (km) dan 300 km lagi ujian panduan ‘offroad’,” kata beliau yang kini adalah Perdana Menteri Malaysia.

Ismail Sabri berkata, apa yang ditonjolkan oleh MILDEF telah membuktikan bahawa bakat dan syarikat tempatan juga mampu menghasilkan kenderaan pertahanan berkualiti seperti dihasilkan negara luar, malah lebih hebat.

Tarantula

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Sementara itu, sumber itu juga berkata, sistem persenjataan Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm yang digunakan oleh “Tarantula”telah dinaiktaraf bagi memberikannya kemampuan yang lebih mantap ketika melakukan penembakan.

“RCWS 12.7mm yang digunakan oleh kenderaan Tarantula adalah versi yang dinaiktaraf daripada sistem RCWS yang digunakan oleh kenderaan Gempita,” katanya sambil menambah bahawa sistem RCWS yang digunakan oleh kenderaan perisai keluaran MILDEF itu diperbuat oleh syarikat pertahanan terkenal Afrika Selatan, Denel.

Pada ketika ini katanya, kenderaan perisai “Tarantula” itu sedang menjalani ujian penembakan menggunakan sistem “RCWS 12.7mm” miliknya di suatu lokasi dan dijadualkan menjalani ujian penembakan seterusnya di lapang sasar Gemas tidak lama lagi.

Tarantula

Dengan sistem RCWS yang dinaiktaraf, kenderaan “Tarantula” itu sudah semestinya lebih berkeupayaan dalam melakukan serangan, disamping memberikan perlindungan kepada anggota yang menaikinya.

Malah kenderaan berperisai “Tarantula” itu bukan sahaja boleh dilengkapkan dengan sistem RCWS 12.7mm tetapi pelbagai jenis sistem persenjataan yang lain bergantung kepada keperluan pelanggannya.

Ia boleh dilengkapkan dengan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal (ATGM) atau Multiple Grenade Launcher (MGL) dan lain-lain,  sebagaimana yang dikehendaki oleh pengguna akhirnya.

Tarantula

Kenderaan perisai “Tarantula” yang 100 peratus direkabentuk dan dibangunkan oleh anak-anak tempatan bakal bersaing dengan beberapa kenderaan perisai keluaran syarikat-syarikat pertahanan luar negara.

Syarikat MILDEF dilaporkan telah membelanjakan sebanyak RM16 juta daripada “kocek sendiri” untuk membangunkan kenderaan perisai “Tarantula”.

Kenderaan “Tarantula” juga telah menjalani pelbagai ujian yang dilaksanakan oleh tim uji nilai Angkatan Tentera Malaysia termasuk menempuh perjalanan dan rintangan sejauh kira-kira 2,500km.

Tarantula

 “Antara ujian-ujian yang terpaksa dihadapi oleh kenderaan Tarantula pada sesi uji nilai ATM itu termasuklah 30 degree climbing, 150 off road with combat load, side slope dan turun bukit.”

“Tarantula” dibina berlandaskan pelantar modular dengan rangkaian spesifikasi daripada yang asas sehingga yang paling canggih untuk memudahkan sebarang pengubahsuaian dan memenuhi spesifikasi mana-mana negara yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.

Tarantula  dibina dengan dilengkapi perlindungan perisai bawahan Stanag 4569 Level 2B dan perlindungan perisai badan Stanag 4569 Level 2 untuk melindungi krew di dalam kenderaan tersebut.

Selain itu, syarikat turut bekerjasama dengan Caterpillar untuk membekalkan enjin yang lasak, berteknologi tinggi dan mampu bertahan di dalam apa jua situasi. — DSA

Tarantula

Comments
Loading...