Pesawat Omnirole Rafale Masih “Mengejar” F-35 Dari Segi Jualan Antarabangsa
Syarikat aeroangkasa Perancis, Dassault Aviation yang telah berjaya menjual kira-kira 236 pesawat pejuang Omnirole "Rafale" sejak pesawat itu dibangunkan 25 tahun yang lalu, bermula dengan penjualan 20 buah kepada Mesir pada 2015 dan terbaru 80 buah kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun pesawat pejuang “Rafale” buatan syarikat Perancis, Dassault Aviation berjaya memenangi kontrak-kontrak besar akhir-akhir ini termasuk pesanan 80 buah pesawat daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) , tetapi ia masih jauh ketinggalan berbanding jumlan penjualan yang dicapai oleh pesawat F-35 Amerika Syarikat.
Sejak diperkenalkan kira-kira 15 tahun yang lalu, kira-kira 1,000 buah pesawat F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin telah berjaya dijual kepada pelbagai negara seluruh dunia terutamanya sekutu-sekutu Tier One Amerika Syarikat.
1,000 pesawat F-35 yang sudah terjual setakat ini tidak termasuk dengan pesawat-pesawat yang digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat.
Diperkenalkan 25 tahun lalu, Dassault telah berjaya menjual kira-kira 236 pesawat Rafale bermula sebanyak 20 buah kepada Mesir pada 2015 dan terbaru 80 buah kepada UAE beberapa hari lepas.
Bagaimanapun, pencapaian menjual 236 buah pesawat Rafale yang pernah dianggap sebagai “pesawat disumpah” suatu ketika dahulu, adalah suatu kejayaan bagi Dassault yang pada mulanya risau dengan permulaan lembap Rafale di pasaran pesawat antarabangsa sebelum semakin diterima kini.

Ketika mula-mula memasuki pasaran, penjualan pesawat Rafale ada lembap disebabkan harga yang terlalu mahal.
Kita pun tahu bahawa Malaysia suatu ketika dahulu mahu memiliki Rafale,tetapi terpaksa memadamkan niatkan kerana faktor pesawat itu.
Walaupun pesawat Rafale kini semakin laris di pasaran, tetapi ia masih gagal mencapai matlamat kerana Dassault mahu menjual lebih banyak pesawat pejuang itu dipasaran untuk memastikan ia mampu menurunkan kos per-unit pesawat itu dan seterusnya menarik lebih banyak negara untuk membelinya termasuk kemungkinan Malaysia.
Ia perlu mengikut jejak langkah Lockheed Martin dalam meningkatkan jualan pesawat Rafale.
Hanya dengan “economies of scale”, Dassault mampu menurunkan harga per-unit pesawat Omnirole itu, sebagaimana yang dilakukan oleh Lockheed Martin.
Comments are closed.