Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ancaman China Paksa Negara Asia Bina Kapal Pengangkut Pesawat

Sikap agresif China dan peningkatan mendadak kuasa tentera lautnya telah memaksa beberapa negara di Asia Pasifik untuk membina lebih banyak kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) untuk menangani "ancaman" Beijing.

0 12,551

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bilangan negara-negara di Asia yang memiliki kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) bakal bertambah dalam beberapa tahun mendatang ini, selari dengan ketegangan yang semakin memuncak di Laut China Selatan berpunca daripada sikap agresif Beijing yang mendakwa sebahagian besar daripada perairan strategik itu (termasuk perairan Malaysia) adalah miliknya.

Dalam beberapa tahun ini,  China akan memiliki empat buah kapal pengangkut pesawat, India (INS Vikrant dan INS Vikramaditya), Korea Selatan juga merancang untuk memilikinya dengan dua buah syarikat iaitu Hyundai Heavy Industries (HHI) dan DSME sedang bersaing untuk merekabentuk dan serta membina kapal pengangkut pesawat yang dijangka seberat 30,000 tan itu.

Dikelilingi dua kuasa tentera laut Asia iaitu China dan Jepun, Tentera Laut Korea Selatan bercadang agar kapal pengangkut pesawatnya yang pertama itu akan beroperasi pada tahun tahun 2033.

Dan kini, gambar-gambar terbaru kapal multi-purpose destroyer Tentera Laut Jepun, “JS Izumo” menunjukkan negara itu telah memulakan kerja-kerja untuk mengubahsuai kapal itu untuk menjadi kapal pengangkut pesawat. (walaupun dipanggil multi-purpose destroyer, tetapi bentuknya lebih menyerupai “mini aircraft carrier” atau Amphibious Assault Ship seperti USS America dan lain-lain)

Kapal JS Izumo seberat 28,000 tan kini memiliki tanda-tanda (markings) dipercayai antara usaha menyeluruh oleh pihak tentera Jepun untuk membolehkan ia menempatkan pesawat-pesawat STOVL (Short Take Off  Vertical Landing) daripada jenis F-35B Lightning yang bakal dimiliki oleh  Jepun di atas kapal itu.

Kapal Pengangkut
Kapal Pengangkut Pesawat India, “INS Vikrant”sedang menjalani sea trials.

 

Beberapa minggu lepas, pesawat-pesawat F-35B milik Kor Marin Amerika Syarikat telah pun mengadakan latihan perlepasan dan pendaratan daripada kapal JS Izumo itu, menandakan perubahannya kepada kapal pengangkut pesawat semakin hampir.

Kerajaan Jepun menjangkakan pesawat-pesawat F-35B yang bakal diperolehinya itu akan beroperasi daripada atas kapal JS Izumo itu bersama-sama helikopter dan pesawat tilt-rotor “Osprey.”

Tokyo telah memesan 105 buah pesawat F-35 untuk tentera udaranya, dengan kira-kira 40 adalah di dalam versi F-35B STOVL., Jepun mengatakan pesawat-pesawat STOVL miliknya bakal beroperasi daripada sebuah pengkalan udara di sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Senkaku yang turut dituntut oleh China.

Tokyo tidak pernah mengesahkan atau menafikan spekulasi tentang usaha mengubahsuai JS Izumo dan sebuah lagi kapal “multi-purpose destroyer”” iaitu JS Kaga, tetapi gambar-gambar terbaru yang tersebar nampaknya telah mengesahkan usaha kerajaan kearah itu (ubahsuai kapal perang menjadi kapal pengangkut pesawat).

Tindakan Jepun mengubahsuai JS Izumo serta “kembarnya”, JS Kaga untuk menjadi kapal pengangkut pesawat amat tidak disenangi oleh China yang mendakwa Tokyo mempunyai cita-cita untuk kembali menjadi kuasa tentera sebagaimana yang berlaku pada Perang Dunia Kedua.

Beijing pernah menyuarakan kegusaran mereka terhadap rancangan Jepun mengubahsuai JS Izumo dan JS Kaga kepada kapal pengangkut pesawat dan lantang meminta Tokyo supaya membatalkan hasrat mereka itu.

Kapal Pengangkut
Lakaran grafik kapal pengangkut pesawat Korea Selatan sebagaimana yang dicadangkan oleh firma Hyundai Heavy Industries (HHI).

 

Jepun dan China juga memiliki pertikaian wilayah membabitkan Kepulauan Senkaku.

Seorang jurucakap Kementerian Luar China pernah dipetik sebagai berkata bahawa Jepun perlu melakukan usaha yang lebih untuk memupuk kepercayaan dan kedamaian serta kestabilan serantau. 

Selain JS Izumo dan JS Kaga, Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defence Force) juga memiliki dua lagi buah kapal seumpama iaitu JS Hyuga dan JS Ise.

Bagaimanapun, saiz kedua-dua kapal tidak mampu menandingi JS Izumo dan JS Kaga.

Kedua-dua kapal kelas-Izumo itu dianggarkan bernilai lebih US$1 billion setiap satu dan mula  ditauliahkan di dalam perkhidmatan JMSDF pada tahun 2015 dan 2017.

JS Kaga
Pesawat F-35B Kor Marin Amerika Syarikat mendarat di atas kapal “JS Izumo” Tentera Laut Jepun.

 

Untuk kapal pertama iaitu Izumo, pembinaannya bermula pada 2011.

Tugas-tugas utama JS Izumo dan JS Kaga yang direkabentuk pada asalnya untuk membawa helikopter adalah peperangan anti-kapal selam (ASW), operasi kemanusiaan dan untuk tinjauan (surveillance).

Kedua-dua kapal itu mampu membawa kira-kira 400 anggota tentera Jepun setiap satu kapal dan tujuh buah helicopter  ASW dan dua buah helikopter SAR  bagi menyokong operasi anti-kapal selamnya.

Untuk sistem pertahananny,a kapal-kapal “JS Izumo” dan “JS Kaga” masing-masing membawa dua unit CIWS (Close In Weapon System) dan dua unit peluru berpandu “SeaRam.”.

Bagaimanapun, sistem pertahannya yang sebenar akan diberikan oleh kapal-kapal pengiringnya yang berkemungkinan terdiri daripada kapal-kapal kelas destroyer dan friget selain kapal-kapal selam yang akan mengawasi keselamatan keselamatan bawah permukaannya.

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Jom folo Defence Security Asia di Telegram,Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia pertahanan dan keselamatan.

Comments
Loading...