Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

India Tawar “Tejas” Mk-1A Pada TUDM, Harga RM166 Juta Sebuah

Varian Mk-1A adalah varian pesawat FLIT/LCA “Tejas” yang terkini dan dijangkakan hanya akan melakukan penerbangan sulungnya pada Mac tahun depan selepas memperolehi Final Operational Clearance (FOC).

0 7,383

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Hindustan Aeronautics Limited (HAL) dilaporkan telah menawarkan varian pesawat “Tejas” Mk-IA kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dianggarkan bernilai US$41.5 juta (RM166 juta) sebuah sebagaimana dilaporkan oleh sebuah media pertahanan India.

Varian Mk-1A adalah varian pesawat FLIT/LCA “Tejas” yang  terkini dan dijangkakan hanya akan melakukan penerbangan sulungnya pada Mac tahun depan selepas memperolehi Final Operational Clearance (FOC).

Menurut media pertahanan India itu lagi, varian pesawat Tejas Mk-1A itu yang dilengkapi dengan radar  Active Electronically Scanned Array (AESA) adalah jauh lebih murah berbanding US$60 juta (RM240 juta) bagi pesawat Gripen C oleh syarikat Saab Group.

Kedua-dua syarikat itu, HAL dan Saab Group dilaporkan menyertai tender antarabangsa untuk membekalkan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk kegunaan TUDM.

Selain kedua-dua buah syarikat itu, nama-nama yang disebut menyertai tender Kementerian Pertahanan itu adalah Korea Aerospace Industries (KAI) yang menawarkan pesawat FA-50, Pakistan Aeronautical Complex/Chengdu Aircraft Industry Group yang tawarkan pesawat JF-17 “Thunder” dan China National Aero-Technology Import & Export Corp (CATIC) dengan pesawat Hongdu L-15.

Tejas Mk-1A

Syarikat Turkey Aerospace Industries (TAI) turut dikatakan menawarkan pesawat “Hurjet”, manakala Leonardo pula dengan pesawat M-346 dan Rosoboronexport dengan pesawat MiG-35.

Media pertahanan India itu juga menyatakan selain dilengkapi dengan radar AESA, varian pesawat Tejas Mk-1A itu akan memiliki “mission computer” dan “Electronic Warfare Suite” yang lebih berkuasa berbanding apa yang dimiliki oleh varian Tejas Mk-1.

Selain itu varian terkini pesawat Tejas itu direkabentuk untuk membawa peluru berpandu kruis Brahmos-NG (Next Generation), peluru berpandu udara-ke-udara termasuk yang berkemampuan Beyond Visual Range (BVR) serta Precision Guided Munitions (PGM).

Brahmos NG ini dikatakan mampu membedil sasaran pada jarak 290km pada kelajuan Mach 3.5.

Setiap pesawat Tejas Mk-1A itu berkemampuan membawa dua butir peluru berpandu Brahmos selain turut dilengkapi dengan kemampuan Air-to-Air Refuelling (AAR) bagi membolehkan ia membedil sasaran maritim dan darat pada jarak jauh.

Tejas Mk-1A
Pesawat Tejas dengan peluru berpandu “Brahmos NG”

 

Peluru berpandu Brahmos ini adalah hasil kerjasama di antara  firma Russia, NPO Mashinostroyeniya dan agensi penyelidikan pertahanan  India, Defence Research and Development Organisation (DRDO).

Ia adalah berdasarkan kepada peluru berpandu P-800 “Oniks”.

Jika Malaysia memilih Tejas Mk-1A sebagai pesawat FLIT/LCA, maka, TUDM akan menjadi negara luar pertama yang menggunakan pesawat kebanggaan industry pertahanan India itu.

India telah menandatangani perjanjian dengan HAL untuk membeli 83 buah pesawat Tejas Mk-1A bernilai US$6.5 bilion (RM26 bilion).     

Tejas Mk-1A

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...