Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Kerah Pesawat MPA/ASW, Destroyer Selepas Kapal Selam China Dikesan Berhampiran Perairannya

Pihak tentera negara itu turut mengesan kehadiran sebuah kapal destroyer China daripada kelas “Luyang-III” berhampiran lokasi di mana kapal selam China itu dikesan.

0 5,853

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Jepun mengerah tiga buah pesawat peronda maritim/anti-kapal selam (MPA/ASW) dan dua buah kapal destroyer miliknya ke kawasan perairan berhampiran pulau-pulaunya di selatan negara itu selepas mengesan kehadiran sebuah kapal selam China.

Pihak tentera negara itu turut mengesan kehadiran sebuah kapal destroyer China daripada kelas “Type 052D Luyang-III” berhampiran lokasi di mana kapal selam China itu dikesan.

Tindakan kapal selam dan kapal destroyer China itu menunjukkan negara itu sedang meningkatkan aktiviti ketenteraan di Laut China Timur (East China Sea).

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Jepun, kapal selam China yang tidak diketahui jenisnya dikesan di luar perairan milik Jepun berhampira Pulau Amami Oshima, yang terletak di bawah Kagoshima Prefecture.

Menteri Pertahanan Jepun Nabuo Kishi mengarahkan pegawai-pegawainya supaya “terus mengumpul maklumat tentang kapal selam China itu dan meningkatkan kesediaan mereka dengan segera.”

Jepun
Dua buah pesawat peronda maritim/anti-kapal selam (MPA/ASW) Tentera Laut Jepun sedang melakukan rondaan.

 

Kedudukan kapal selam China itu adalah kira-kira 700 kilometer daripada pulau-pulau milik Jepun di Laut China Timur tetapi turut dituntut sama oleh Beijing sebagai miliknya.

Kapal selam China itu berada di bawah permukaan air. (submerged)

Dibawah undang-undang antarabangsa, mana-mana kapal selam belayar berhampiran kawasan perairan negara lain perlu belayar di atas permukaan (surface) dan menunjukkan bendera mereka apabila memasuki perairan negara lain.

Tokyo telah melakukan pelbagai bantahan dan aduan berkenaan tindakan kapal-kapal milik China yang menceroboh kawasan perairannya sejak beberapa tahun lepas, tetapi ia tidak diendahkan oleh kerajaan di Beijing.

Jepun

Sementara itu, akhbar milik kerajaan China, “Global Times” berkata, tindakan Jepun mewar-warkan kehadiran kapal selam milik negara Komunis itu merupakan suatu “publicity stunt” untuk menunjukkan kepada dunia bahawa China merupakan ancaman kepada semua.

Pemerhati pertahanan China, Song Zhongping berkata, mana-mana kapal atau kapal selam dibenarkan belayar di perairan antarabangsa.

“Jadi kapal-kapal China tidak mempunyai masalah untuk belayar di luar perairan Jepun,” katanya sambil menambah, Jepun juga mahu mempunyai lebih banyak alasan mengubah perlembagaannya untuk menjadi sebuah negara kuasa tentera.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...