Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh Baru Untuk Kawal Selatan Tanahair

Radar pertahanan udara jarak jauh di Bukit Lunchu, Plentong itu digunakan untuk memantau ruang udara negara bahagian selatan tanah air dan kawasan persekitarannya.

0 3,942

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan bakal memperolehi radar pertahanan udara jarak jauh yang baru untuk menggantikan radar seumpama sedia yang ditempatkan di Bukit Lunchu, Plentong di negeri Johor.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang menyentuh tentang perkara demikian di Dewan Rakyat semalam, radar pertahanan udara jarak jauh itu akan diperolehi pada suku pertama tahun depan.

Perolehan radar jarak jauh itu akan dilakukan secara tender terbuka antarabangsa.

Radar pertahanan udara jarak jauh di Bukit Lunchu, Plentong itu digunakan untuk memantau ruang udara negara bahagian selatan tanah air dan kawasan persekitarannya.

Sebelum ini Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad telah pun mengatakan bahawa TUDM sedang didalam proses perolehan radar-radar pertahanan udara bagi memastikan keselamatan ruang udara negara sentiasa terjamin.

Radar

Sebelum ini kita pun sudah tahun dalam pertengahan tahun, Kementerian Pertahanan telah pun mengeluarkan tender perolehan sebuah radar jarak jauh dan negara juga akan menerima sebuah radar pertahanan udara jarak jauh sumbangan Amerika Syarikat yang akan ditempatkan di Labuan bagi pengawasan ruang udara di Laut China Selatan.

Mengikut portal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Skuadron 323 TUDM Bukit Lunchu berkuatkuasa mulai 15 Julai 1999  bagi mengawasi ruang udara selatan Semenanjung Malaysia.

Skn 323 TUDM Bukit Lunchu bertanggungjawab mengawasi ruang udara di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dengan mengumpul maklumat yang diperolehi melalui radar.

Maklumat berkenaan akan disalurkan ke Markas No. 1 Divisyen Udara samada untuk arahan misi pemintasan atau lain-lain arahan.

Di dalam konteks Sistem Pertahanan Udara Nasional (NADS) semasa perang, Skn 323 TUDM Bukit Lunchu akan menghubungi skuadron-skuadron pesawat tempur di Kuantan dan Butterworth untuk tindakan pemintasan apabila radarnya mengesan kemaraan pesawat musuh.

Radar

Radar di skuadron ini adalah jenis mudah alih (mobile) dan boleh digerakkan dan ditempatkan di kawasan lain apabila diarahkan.

Sebelum ini ruang udara kawasan selatan Semenanjung tidak dikawal oleh mana-mana radar tentera melainkan kawalan terhad oleh radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (JPAM) di Senai.

Keadaan ini menjadikan ruang udara di selatan Semenanjung terdedah kepada risiko pencerobohan pesawat-pesawat asing.

Skuadron ini dilengkapi dengan Pertahanan Udara Nasional(NADS) yang memerlukan intergrasi di antara unit-unit radar, markas serta unit-unit tempur.

Penubuhan Skn 323 ini juga sejajar dengan keperluan organisasi TUDM.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...