Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MiG-35 (Fulcrum Foxtrot), Pesawat Gagal?

Tawaran MiG-35 (NATO designation Fulcrum-Foxtrot) yang dibangunkan oleh Russian Aircraft Corporation (RAC) itu ditunjangi oleh syarikat tempatan, Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd, yang berpengalaman dalam menyelenggara pesawat MiG-29 dan Sukhoi milik TUDM.

0 21,944

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah media tempatan, pesawat pejuang MiG-35 turut menyertai tender Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan sejumlah 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut akhbar berkenaan, tawaran MiG-35 (NATO designation Fulcrum-Foxtrot) yang dibangunkan oleh Russian Aircraft Corporation (RAC) itu ditunjangi oleh syarikat tempatan, Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd, yang berpengalaman dalam menyelenggara pesawat MiG-29 milik TUDM.

Syarikat ATSC ini 71.43 peratus dikuasai oleh National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) milik Tan Sri Ahmad Johan, 23 peratus oleh RAC dan 4.76 peratus oleh Rosoboronexport.

Sebenarnya, minat Russia untuk membekalkan pesawat MiG-35 kepada Malaysia sudah pun diketahui sejak 2019 menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Russian Federal Service for Military-Technical Cooperation Dmitry Shugaev.

Beliau memberitahu agensi berita negara itu, Sputnik, tentang minat Russia untuk menyertakan pesawat MiG-35 dalam tender FLIT/LCA TUDM.

MiG-35
Pesawat MiG-35

 

“Pihak Russia sedang menimbangkan kemungkinan Rosoboronexport (agensi kerajaan Russia yang bertanggungjawab tentang export senjata) menyertakan pesawat pejuang MiG-35 bagi memenuhi tender TUDM bagi FLIT/LCA,” katanya.

Russia juga bersedia untuk mengambil semula kesemua pesawat MiG-29N milik TUDM dan menggantikannya dengan pesawat MiG-35 sekiranya Malaysia memilih pesawat itu sebagai calon pesawat FLIT/LCA-nya.

Untuk pengetahuan semua, MiG-35 bukanlah sebuah pesawat pejuang yang baru tetapi ia adalah pesawat yang dinaiktaraf daripada pesawat MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB dengan airframe yang sama sebagaimana pesawat MiG-29 yang direkabentuk ketika era Perang Dingin

Bagaimanapun, terdapat satu persoalan yang lebih penting berkenaan tawaran Russia untuk membekalkan pesawat pejuang MiG-35 kepada Malaysia.

 

Persoalannya adalah – wajarkah Malaysia membeli pesawat pejuang MiG-35 meskipun Russia (negara asal pesawat itu) sendiri tidak membeli pesawat pejuang terbabit di dalam skala yang besar untuk digunakan dalam tentera udaranya.

Laporan media antarabangsa mengatakan, sejak melakukan penerbangan sulungnya empat tahun lepas, Moscow setakat ini hanya memperolehi enam buah MiG-35 (dalam versi satu dan dua tempat duduk) dan itupun untuk tujuan ujian dalaman sahaja.

Bukan itu sahaja, usaha Russia untuk memasarkan pesawat MiG-35 itu ke negara-negara luar juga tampak buntu setakat ini, dengan hanya Mesir dilaporkan bersetuju untuk mendapatkan pesawat kombat keluaran RAC itu setakat ini.

Ketika ini, Russia sedang melobi kuat untuk menjual pesawat MiG-35 itu kepada Argentina, tetapi itu pun masih berada di awang-awangan dan tiada kepastian, dengan negara Latin Amerika itu juga meninjau kemungkinan mendapatkan pesawat JF-17 “Thunder” yang dibangunkan oleh Pakistan dan China.

Rundingan untuk menjual MiG-35 kepada Argentina juga hanya “gain traction” (mula hangat) selepas cubaan Buenos Aires untuk mendapatkan pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) gagal selepas dihalang oleh kerajaan Britain.

Mungkin Argentina terpaksa memikirkan alternative pesawat yang lain selepas cubaannya mendapatkan pesawat FA-50 itu dihalang oleh Britain.

Cubaan Russia untuk menjual pesawat MiG-35 kepada India, antara negara pengguna pesawat pejuang Russia yang amat besar, juga telah gagal dengan New Delhi juga menunjukkan minat kepada pesawat-pesawat lain.

India juga adalah pengguna pesawat MiG-29 yang besar.

MiG-29
Pesawat pejuang Mig-29 Tentera India atas kapal pengangkut pesawat negara itu.

 

Kesimpulannya adalah,  pesawat MiG-35 telah gagal menembusi pasaran eksport sebagaimana dinikmati oleh pesawat MiG-29 yang menikmati pelbagai kejayaan dengan banyak negara di seluruh dunia membeli dan menggunakan pesawat pejuang itu sehingga kini.

Bagaimanapun Russia gagal “replicate” (meniru) kejayaan yang dinikmati oleh MiG-29  itu dengan MiG-35.

Walauapapun, tidak dapat dinafikan bahawa pesawat MiG-35 itu adalah sebuah pesawat yang moden dan berkeupayaan tinggi.

Pesawat MiG-35 itu dilengkapi dengan radar AESA Zhuk-MA pesawat Russia itu dikatakan boleh mengesan sasaran udara sejauh 160km manakala bagi sasaran laut pula ia boleh mengesan sasaran sejauh lebih 300km.

FLIT/LCA
Pesawat MiG-35 Russia,

 

Pesawat itu boleh dilengkapkan dengan thrust vectoring sebagai opsyen.

Pesawat MiG-35 ini boleh disesuaikan dengan sistem persenjataan buatan Russia atau negara asing atau sistem defensive yang lain bagi memastikan combat suvivalbiliti yang tinggi.

MiG-35 ini datang dalam dua versi iaitu MiG-35 (satu tempat duduk) and MiG-35D (dua tempat duduk).

Bagi peluru-peluru berpandu, pesawat MiG-35 ini berkemampuan untuk melancarkan pelbagai peluru berpandu termasuk peluru berpandu anti-kapal Kh-31A,  peluru berpandu anti-radiasi Kh-31P, peluru berpandu Kh-29TE and bom pintar KAB-500Kr selain bom-bom pintar yang lain.

Pesawat juga dilengkapi dengan external optical / laser targeting pod.

 

 — DEFENCE SECURITY ASIA

 

   

 

 

Comments
Loading...