Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Destroyer Amerika Syarikat, USS Russell Belayar Hampir Dengan Kepulauan Spratly

735

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal perang destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat, “USS Russell” melakukan pelayaran “Freedom of Navigation and Operations” (FONOP) berhampiran Kepulauan Spratly yang didakwa China adalah miliknya.

Pelayaran oleh USS Russel, sebuah kapal perang destroyer kelas “Arleigh Burke” itu dianggap sebagai mencabar kenyataan oleh China bahawa seluruh Laut China Selatan termasuk Kepulauan Spratly adalah miliknya.

USS Russel

Washington menganggap pelayaran FONOP di Laut China Selatan adalah selari dengan undang-undang antarabangsa.

“Pelayaran FONOP ini menegakkan undang-undang dan kebebasan tentang penggunaan perairan sebagaimana diiktiraf oleh undang-udang antarabangsa dengan mencabar sekatan penggunaannya oleh China, Vietnam dan Taiwan,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera laut Amerika 7th Fleet. Awal bulan ini, sebuah lagi kapal perang jenis destroyer, USS John S. McCain turut melakukan pelayaran FONOP di perairan Kepulauan Paracel yang dituntut oleh China.

USS Russel

USS John S. McCain berlayar hampir di Kepulauan Paracel sejurus selepas belayar di Selat Taiwan.

Tentera Laut Amerika Syarikat melakukan beberapa pelayaran FONOP di Laut China Selatan ketika negara itu dibawah pemerintahan Presiden Donald Trump dan nampaknya pelayaran itu yang mendapatkan kecaman daripada China diteruskan Presiden negara itu yang baru, Jo Biden.

Bulan ini, dua buah kapal pengangkut pesawat tentera laut Amerika Syarikat, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt turut berada di Laut China Selatan.

Kedua-dua buah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear turut melakukan “dual carrier operations” di Laut China Selatan melibatkan pelbagai kapal-kapal pengiringnya dan pesawat serta helikopter.

USS Nimitz sedang dalam perjalanan pulang daripada Timur Tengah dan singgah di Laut China Selatan, manakala USS Theodore Roosevelt pula dalam rutin pelayaran di Pasifik.

USS Nimitz bertugas selama 240 hari di Timur Tengah dan dalam pelayaran pulang ke homeport-nya di Bremerton di Washington.

Ia dikerah ke rantau Timur Tengah ketika ketegangan antara Washington dan Teheran memuncak.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.