Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Terima 180 Buah Motosikal Scrambler 250CC Untuk Op BENTENG

0 1,152

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan majlis penyerahan motosikal Scrambler 250cc di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen, hari ini.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima kira-kira 180 buah motosikal Scrambler 250cc bagi kegunaan operasi khususnya bagi melaksanakan Op BENTENG.

Scrambler
Gambar kredit Tentera Darat Malaysia

Sejurus selesai taklimat pengoperasian kenderaan yang disampaikan oleh Dato’ Jefry Lim, Pengarah Syarikat Kawasaki Motors Sdn Bhd, PTD telah dipertontonkan dengan demonstrasi tunggangan motosikal Scrambler itu oleh The Army Red Warrior Motorcycle Team.

Seterusnya, majlis penyerahan kenderaan tersebut telah disempurnakan dengan penyerahan replika kunci motosikal Kawasaki kepada PTD sebagai simbolik penyerahan motosikal Scrambler tersebut kepada TDM. Majlis ini telah dilaksanakan secara ringkas dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Scramber
Gambar kredit Tentera Darat Malaysia

Dengan penerimaan aset terbaharu ini, ia bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 “Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan” iaitu penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Turut sama hadir adalah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo bin Abdullah serta penglibatan minima pegawai kanan TDM.

Maklumat dan gambar adalah kredit Page Facebook Tentera Darat Malaysia

Scrambler
Gambar kredit Tentera Darat Malaysia

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...