Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Tentera Udara Singapura Dikerah Untuk Tangani “Ancaman Udara”

0 851

(DEEFENCE SECURITY ASIA) – Singapura mengerahkan (scramble) pesawat-pesawat pejuangnya pagi tadi untuk memintas “kemungkinan ancaman udara” (potential air threat) terhadap penduduk negara pulau di selatan tanahair itu.

Kementerian Pertahanan Singapura tidak mendedahkan apa yang dikatakan sebagai “ancaman udara” itu.

F-15SG
Dua buah pesawat pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura di Pangkalan Udara Paya Lebar.

“Mungkin ada di kalangan anda mendengar kami terbang padi tadi. Pesawat-pesawat pejuang kami dikerah sebagai respons terhadap kemungkinan ancaman udara (potential air threat),” kata Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di dalam satu posting di dalam akaun Facebook mereka hari ini.

RSAF berterima-kasih kepada anggotanya yang bersedia untuk mempertahankan ruang udara Singapura bagi membolehkan semua rakyat republik itu menikmati hari perayaan dan percutian bersama-sama mereka tersayang. Pihak media tempatan di Singapura sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Pertahanan republic itu tentang insiden pagi tadi.

F-15SG
Pesawat pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura.

Sementara itu netizen republic itu yang memberikan komen dalam posting Facebook RSAF mengakui bahawa mereka mendengar bunyi bunyi jet yang kuat pagi tadi.

Pesawat-pesawat pejuang Singapura itu dikatakan berlepas daripada Pangkalan Udara Paya Lebar.

“Was indeed surprised this morning too hearing one jet flying so loudly on the second day of holidays,” menurut seorang netizen Singapura dikenali dengan nama “Evon Lim.”

Seorang lagi netizen negara itu bernama “Jimmy Teng”” pula berkata, “Yes, was woken up by the loud roar of the jet engine. Feels like flying quite low by hearing the sound,” manakala bagi netizen bernama “Stormie Sorties” pula berkata, “ Figured as much, given the timing and the somewhat faster departure and rapid turn.”

“Heard the big roar this morning… glad for this explanation and first responders are crucial to any potential threats,”kata netizen bernama “Daniel Goh.”

“Lim Wee Khiang” pula berkata di dalam Facebook RSAF, “Yup, I heard it loud and clear from my place and saw 2 jets ascending rapidly … I guessed it was a scramble.”

“Yes we heard the F-15SG flying during breakfast. I was wondering if it was a training flight on the 2nd day of CNY,” kata netizen “Jimmy Tan H S.”

Setakat ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Singapura amat ringkas dan tidak mempunyai maklumat lanjut tentang “ancaman” yang dimaksudkannya.

Pihak Defence Security Asia akan memantau jika ada maklumat baru tentang insiden yang berlaku di Singapura itu.

 

– DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...