Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pasukan Khas Polis Filipina Pilih Kenderaan “AMIR 4×4 MRAP” Dari Israel

0 770

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa bulan lepas, pasukan polis negara jiran kita iaitu Filipina telah pun mula menerima sebahagian daripada 16 buah kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) dipanggil “AMIR 4×4” untuk kegunaan pasukan khas polis mereka.

Kenderaan AMIR 4×4 MRAP itu dibangunkan oleh syarikat Israel, GAIA Automotive Industries Ltd.

Amir
Kenderaan AMIR 4×4 MRAP selepas dicat dengan celoreng polis Filipina. (kredit gambar Max Defense)

Untuk membolehkan kenderaan ini dibekalkan kepada Filipina, syarikat Israel terbabit mewujudkan joint venture dengan syarikat Filipina, Stone of David Corporations untuk memasang kenderaan MRAP buatan Israel tu di Filipina.

Syarikat usahasama GAIA dan Stone of David itu juga dikatakan akan memasarkan kenderaan MRAP yang dipasang di Filipina ke negara-negara ASEAN dan rantau lain (mungkin re-badge atas nama lain dan dikatakan keluaran Filipina). Biasalah ini semua taktik pemasaran syarikat-syarikat untuk memastikan produk keluaran syarikat berjaya menjana jualan.

AMIR
Kenderaan AMIR 4×4 MRAP juga boleh dipasang dengan peralatan komunikasi dan pemantauan.

Kenderaan AMIR 4×4 MRAP ini akan digunakan oleh pasukan khas polis Filipina dan akan dilengkapi dengan beberapa peralatan khusus seperti Mobile Assault Ramp, Remote Control Weapon Station yang boleh dipasang dengan mesingan berat 12.7mm dan grenade launcher 40mm.

Mobile Assault Ramp ini adalah untuk memudahkan operasi-operasi khas anti-terrorisme dan menyelamat tebusan.

Sebenarnya, terdapat tiga syarikat termasuk GAIA-Stone of david yang menyertai tender untuk membekalkan kenderaan MRAP kepada pasukan polis Filipina ini iaitu syarikat usahasama antara Kolonwel dengan Chaiseri yang mempertaruhkan kenderaan First Win serta LSV-TAR.

Akhirnya, AMIR dipilih.

Ok mengenai kenderaan AMIR 4×4 MRAP, ia memiliki berat kira-kira 10 tan (full payload) dan dilengkapkan dengan perlindungan STANAG 4569 Level 2 tetapi boleh dipertingkatkan tetapi akan menjejaskan berat keseluruhan, mobility dan lain-lain).

Ia juga dilengkapi dengan enjin Cummins 4.5L dengan lapan automatic transmission yang membolehkan kenderaan mencapai kelajuan maksimum 122kmsj, berat muatan maksimum yang boleh dibawa oleh kenderaan AMIR 4×4 MRAP ini adalah 3 tan.

Selain boleh membawa RCWS dengan mesingan berat dan grenade launcher, ia juga boleh dilengkapkan dengan sistem peluru berpandu pertahanan udara, anti kereta kebal dan mortar 81mm serta 120mm.

AMIR 4×4 MRAP ini juga boleh dilengkapkan dengan sistem dan peralatan komunikasi serta pemantauan siang malam.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...