Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Pengangkut Pesawat, USS Nimitz Berada Di Kepulauan Spratly?

770

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz dan kapal-kapal pengiringnya, USS Princeton dan USS Sterett dipercayai berada di barat Kepulauan Spratly di Laut China Selatan ketika ini.

Perkara itu didedahkan oleh South China Sea Probing Initiative (SCSPI), sebuah badan pemikir yang dianggota oleh akademik di Universiti Peking di Beijing.

Spratly
Kehadiran pesawat AAR KC-135R yang berlegar-legar di barat Kepulauan Spratly itu menandakan USS Nimitz adalah berhampiran. (gambar kredit SCSPI)

Menurutnya, kedudukan USS Nimitz itu adalah berdasarkan kehadiran sebuah pesawat air-to-air refueling Boeing KC-135R Stratotanker yang dikesan berlegar-legar di kawasan perairan itu di barat Kepulauan Spratly itu.

Mereka percaya pesawat AAR itu sedang mengadakan latihan dengan pesawat-pesawat yang beroperasi daripada USS Nimitz. Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear tentera laut Amerika Syarikat itu membawa kira-kira 90 buah pesawat dan helicopter daripada pelbagai jenis. USS Nimitz baru sahaja menamatkan misi selama 241 hari di Timur Tengah dan sedang dalam pelayaran pulang ke Bremerton, Washington.

USS Princeton
Kapal cruiser USS Princeton dikesan berada berhampiran barat Kepulauan Spratly. (gambar kredit SCSPI)

Bagaimanapun sebelum pulang ke home port di Washington itu, USS Nimitz singgah dahulu di Laut China Selatan.

Ia diiringi oleh USS Princeton, sebuah kapal cruiser kelas Ticonderoga dan USS Sterett, sebuah kapal destroyer kelas Arleigh Burke.

Imej satelit turut menunjukkan kehadiran USS Princeton di kawasan perairan barat Kepulauan Spratly, menguatkan lagi kepercayaan mereka bahawa kapal pengangkut pesawat USS Nimitz berada tidak jauh daripada kedudukannya.

China mendakwa sebahagian besar Kepulauan Spratly itu sebagai miliknya.

Stratotanker
Pesawat AAR KC-135R Stratotanker.

Sejak Jo Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika bulan lepas, Amerika Syarikat telah mengerahkan dua buah kapal pengangkut pesawatnya, USS Nimitz dan USS Theodore Roosevelt ke Laut China Selatan.

Itu tidak termasuk misi-misi FONOP (Freedom of Navigation and Operations) oleh kapal USS John S.McCain yang dikecam hebat China di Selat Taiwan dan berhampiran Kepulauan Paracel.

Tentera Laut China mengerah kapal-kapal perangnya dan pesawat udara untuk mengawasi dan mengekori USS John S.McCain ketika kapal pemusnah kelas-Arleigh Burke itu melakukan misi FONOP berhampiran Kepulauan Paracel.

USS Nimitz

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.