Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Memang Cun! Pesawat A400M Milik Tentera Udara Diraja Malaysia

0 1,364

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melawat Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) dan Pangkalan Udara Subang (PU Subang).

Turut serta dalam lawatan beliau adalah Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad dan melihat pada gambar-gambar admin memang tertarik dengan pesawat pengangkut A400M Atlas milik TUDM tu, MEMANG CUN!!

A400m
Gambar kredit TUDM

Menteri Pertahanan telah diberikan taklimat tentang MPOU oleh Panglima Operasi Udara dan No. 22 serta melawat A400M Part Task Trainer (PTT) Loadmaster serta Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G,Institut Perubatan Penerbangan (IPP) TUDM

No. 22 Skuadron adalah antara skuadron yang memainkan peranan penting dalam pengoperasian bantuan logistik bagi penghantaran udara peralatan perubatan dalam tempoh negara dilanda krisis kesihatan global pandemik Covid-19, menurut kenyataan oleh TUDM di dalam page Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia.

A400M
Gambar kredit TUDM

Ismail Sabri turut mencuba General Aviation Trainer II (GAT II) iaitu simulator asas bagi melatih juruterbang TUDM mengenalpasti kecelaruan di udara.

Selain itu beliau turut ditunjukkan demonstrasi High Performance Human Centrifuge (HPHC) iaitu simulator khas digunakan untuk melatih juruterbang menghadapi daya tindakan graviti (daya G) ketika melakukan “manuver” sekaligus mengurangkan risiko kemalangan kepada juruterbang dan pesawat semasa latihan.

Semua gambar dan maklumat adalah kredit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...