Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Unit Pemusnah Bom Polis Johor Musnah “Unexploded Ordnance (UXO)”

1,272

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Johor bersama Sub Unit UPB IPD Muar telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) semalam (5 Feb 2021).

UXO itu adalah daripada jenis Aerial Bomb seberat 40 Pound yang dijumpai di di Ladang PPNJ Batu 13, Bakri Muar.

Bom
Foto Kredit Polis Johor

Bom tersebut dipercayai digugurkan dari udara sewaktu perang dunia kedua diantara Disember 1942 hingga Ogos 1945.

Tindakan pemusnahan In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik “High Order” melalui kaedah elektrik. Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda. Pihak Polis Johor ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

Bom
Foto Kredit Polis Johor

Diingatkan juga supaya jangan DIUSIK , DIALIH atau DIGERAKKAN objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Segala maklumat dan gambar adalah daripada Page Facebook Polis Johor.

Bom
Foto Kredit Polis Johor

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.