Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat India Dakwa “Negara Asia Tenggara” Minat Pesawat LCA Tejas, Malaysia ke?

0 1,722

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa negara “Asia Tenggara” dan Timur Tengah telah menunjukkan minat terhadap pesawat Light Combat Aircraft  (LCA) “Tejas” yang dibangunkan oleh syarikat pengeluar pesawat India, Hindustan Aeronautics Limited (HAL).

Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh pengerusi HAL R.Madhavan pada pameran Aero India, sebagaimana dipetik oleh portal berita India, The Print.

Tejas

Ok, negara “Asia Tenggara” manakah yang dimaksudkan oleh Madhavan? Adakah beliau maksudkan Malaysia kerana sebagaimana yang diketahui, kita sedang mencari pesawat LCA untuk menggantikan Hawk 100 dan 200 miliknya.

Disember tahun lepas, Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad telah mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan permohonannya untuk mendapatkan 36 buah pesawat tempur ringan atau “LCA”, dengan tender bagi pembelian itu dijangka dikeluarkan tahun ini. Perolehan pesawat LCA dijangka dilakukan dalam dua batch, dengan 18 buah pesawat pada RMK-12 dan lagi 18 buah pada RMK seterusnya.

Tejas

Harga bagi sebuah Tejas adalah dianggarkan US$42 juta sebuah untuk pesawat satu tempat duduk manakala bagi pelatih pula adalah disekitar US$38 juta.

Dua buah pesawat satu tempat duduk LCA Tejas keluaran India juga pernah terlibat pada pameran LIMA pada 2019, menguatkan lagi spekulasi bahawa pesawat itu bakal mengisi keperluan TUDM untuk pesawat tempur ringan.

Bagaimanapun banyak pihak mengatakan pesawat tempur ringan dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries KAI FA-50 merupakan pilihan utama TUDM bagi keperluan pesawat tempur ringannya.

Selain Tejas, FA-50, pesawat-pesawat lain yang dijangka berminat untuk memenuhi keperluan Malaysia adalah Yakovlev Yak-130, JF-17 dan Leonardo M-460.

Sementara  HAL juga menyatakan ia bersedia kemudahan lojistik di Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Sri Lanka bagi menjadikan tawaran penjualan pesawat LCA Tejas serta helicopter tempur lebih menarik.

Katanya, kemudahan lojistik itu adalah untuk memastikan khidmat selepas jualan lebih effisyen, sekaligus menjadikan tawarannya lebih menarik.

LCA Tejas sebagaimana didakwa oleh HAL merupakan pesawat Generasi Ke-Empat mampu terbang selaju Mach 1.6 dengan combat range sejauh 500km dan mampu membawa persenjataan seberat kira-kira 5,000kg.

India baru sahaja menandatangani perjanjian untuk memperolehi sebanyak 83 buah LCA Tejas.

Tejas

– DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...