Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kapal Selam Turki Berjaya Lancar Torpedo Buatan Tempatan

1,028

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal selam Turki “TCG Gur” daripada jenis Type 209/1200 buatan syarikat Jerman, HDW telah berjaya melancarkan torpedo yang dibangunakan oleh syarikat tempatan dikenali dengan nama “AKYA.”

Pembangunan torpedo buatan tempatan itu bermula pada 2009 oleh syarikat Roketsan, TUBITAK dan ARMERKOM.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNELDEFENCE SECURITY ASIA”)

Torpedo AKYA memiliki panjang 7 meter dan diameter 533mm serta berat 1.2 tan. Dengan kelajuan 40 knot, torpedo itu mempunyai jarak maksimum sejauh 15km.

Untuk sistem panduannya, ia akan bergantung kepada fibre-optic wire guidance system bersama-sama aktif dan pasif acoustic sonar.Kapal selam “TCG Gur” adalah kapal selam diesel-elektrik dengan tentera laut Turki merupakan pengguna terbesar kapal selam jenis Type 209/1200 buatan Jerman itu dengan enam buah kapal selam.

AKYA
Kapal selam Turki.

Tentera Laut Turki juga memiliki lapan buah kapal selam Type 209/1400 yang berkemampuan melancarkan lapan torpedo serta peluru berpandu Harpoon.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.