Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

RM34 Juta Sebuah, “K2 Black Panther” Adalah Kereta Kebal Paling Mahal Di Dunia

1,153

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dianggarkan bernilai US$8.5 juta (RM34 juta) sebuah, kereta kebal utama K2 Black Panther Korea Selatan telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kereta kebal utama yang paling mahal di dunia.

Bagaimanapun, kereta kebal utama K2 Black Panther yang dibangunkan oleh syarikat Hyundai ROTEM dan Agency for Defense Development itu bukan sahaja mahal tetapi ia juga adalah antara kereta kebal utama yang paling berkemampuan di pasaran ketika ini.

Black Panther

Black Panther yang mempunyai berat 55 tan hingga 61 tan akan memperkuatkan angkatan kereta kebal Korea Selatan yang kini bergantung pada kereta kebal K1 dan K1A1 dalam menangani angkatan kereta kebal tentera Korea Utara.

Laporan media mengatakan kereta kebal utama K2 Black Panther yang menggunakan meriam Rheimetall 120 mm L55 smoothbore gun ini mula memasuki perkhidmatan tentera Korea Selatan pada 2016 apabila 100 buah kereta kebal diserahkan kepada tentera negara ini dengan jangkaan sehingga 300 buah K2 Black Panther akan berkhidmat dengan tentera Korea Selatan.

Black Panther

Korea Selatan hasilkan sendiri meriam  120mm Rheimetall secara under license daripada firma Jerman itu, manakala enjinnya pula berkapasiti 1,500 kuasa kuda yang dibangunkan oleh firma pembuat enjin terkenal Jerman juga iaitu, MTU.

Meriamnya juga boleh melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal, KSTAM-II yang boleh membedil sasaran sejauh 5 batu.

Memandangkan Black Panther ini agak ringan berbanding kereta kebal Abrams (yang gunakan enjin 1,500 kuasa kuda), tetapi kereta kebal Korea Selatan ini lagi berkuasa daripada segi power-to-weight-ratio.

Bagi armor pula, ia menggunakan modular compsite armor dengan komposisinya dirahsiakan serta blok-blok Explosive Reactive Armor (ERA), dengan pemerhati pertahanan mengatakan tahap protection ia adalah setaraf dengan kereta kebal MIA2 Abrams tentera Amerika Syarikat.

Black Panther menggunakan sistem autoloader dengan maksimum rate of fire adalah 15 tembakan satu minit dan jarak maksimum tembakan daripada meriamnya adalah sejauh 10km dibantu dengan sistem fire control yang canggih.

Selain sistem suspension yang canggih, kereta kebal K2 Black Panther juga boleh mengharungi sungai atau tasik sedalam 4.2 meter.

Black Panther

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.