Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Warga Emas Di Ikat Pada Pokok Kerana Engkar “Lockdown” Di China

0 398

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak berkuasa China memulakan siasatan terhadap sorang pegawai di sebuah kampung di wilayah Hebei di China selepas beliau mengikat seorang lelaki warga emas pada sebuah pokok kerana melanggar arahan “lockdown” COVID-19.

Gambar dan video lelaki warga emas yang dikenali dengan nama “Cao” diikat dengan tali pada sebatang pokok  di Wilayah Hebei itu telah viral di media-media sosial China seperti Sina Weibo.

 

Daerah Gaocheng di Wilayah Hebei di mana kejadian itu berlaku dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi akibat penyebaran penyakit COVID-19 dan penduduknya diletakkan di bawah perintah “lockdown” yang amat ketat oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun pada Isnin lepas, “Cao” bertegas mahu ke kampung sebelah ketika “lockdown”  semata-mata mahu membeli rokok, menyebabkan pegawai kampung dikenali sebagai “Yan” mengarahkan supaya lelaki itu diikat pada sebatang pokok dan memaki-hamunnya dengan kata-kata menghina, sebagaimana dilaporkan oleh portal Global Times hari ini.

china

Pegawai-pegawai yang mengikatnya juga memberi amaran kepada warga emas itu bahawa mereka akan membunuhnya jika beliau keluar dari rumah lagi.

Kejadian mengikat “Cao” pada sebatang pokok kerana melanggar lockdown itu telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan yang menuduh pegawai tempatan menyalahguna kuasa.

Pihak berkuasa tempatan di wilayah Hebei telah melucutkan “Yan” daripada jawatannya itu dan memulakan pendakwaan terhadap beliau kerana menghalang kebebasan peribadi seseorang.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...