Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Nelayan Indonesia Temui Lagi “Alat Risikan” Dasar Laut Milik China

0 570

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas penemuan beberapa dron dasar laut (Underwater Unmanned Vehicles) dipercayai milik China di sekitar perairannya, nelayan Indonesia kini menemui pula satu objek berbentuk “peluru berpandu atau torpedo” dalam kejadian terbaru.

Penemuan pada Selasa lepas (19 Januari 2021) itu berlaku di kawasan tepi pantai di  Air Putih, Pulau Anambas.

Anambas
Lokasi Pulau Anambas di mana objek itu ditemui oleh nelayan Indonesia (kredit JATOSINT)

Objek berwarna biru berukuran 1.5 meter dan seberat 25 kilogram itu yang ditemui oleh nelayan dan anaknya mempunyai tulisan Cina yang sudah pudar disisinya. Laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa Indonesia mengenai penemuan itu.

Menurut pakar kapal selam H I Sutton dari Covert Shores di @CovertShores, beliau percaya objek berwarna biru yang ditemui oleh nelayan Indonesia adalah sensor dasar laut (underwater sensor) milik China. Sensor Dasar Laut itu dan tulisan berbahasa Cina di objek itu menunjukkan ia berkemungkinan adalah floating sensor untuk kegunaan remote sensing atau radio communications.

anambas
Gambar kredit JATOSINT.

Namun apa yang penting adalah penemuan dron dasar laut dan terbaru ini menunjukkan China sedang giat melakukan penyelidikan marin secara “senyap-senyap” di perairan Indonesia.

“Senyap-senyap” kerana Indonesia tidak membenarkan mana-mana kapal penyelidikan marina asing melakukan penyelidikan di perairannya tanpa memperolehi kebenarannya terlebih dahulu.

Pada 20 Disember lepas, seorang nelayan di Indonesia dikenali dengan nama “Saeruddin” telah menemui drone bawah permukaan air atau UUV jenis Sea Wing dipercayai milik China di perairan Pulau Selayar, Selatan Sulawesi.

Penemuan UUV itu berhampiran Selat Sunda menimbulkan kemungkinan bahawa China sedang memeta laluan dasar laut bagi membolehkan kapal selamnya belayar daripada Laut China Selatan ke Lautan Hindi.

Selat Sunda dan Selat Lombok merupakan selat yang menghubungkan Laut China Selatan dengan Lautan Hindi.

Sekiranya Selat Melaka ditutup pada sebarang aktiviti perkapalan berikuta konflik, maka China dipercayai akan menggunakan laluan alternatif bagi kapal-kapalnya termasuk kapal selam.

Pada Januari tahun lepas lepas, sebuah Sea Wing UUV ditemui di Masalembu yang terletak kira-kira 400 batu di barat Pulau Selayar, manakala pada Mac tahun lepas, sebuah kenderaan bawah air yang sama ditemui di kepulauan Riau, berhampiran dengan Natuna.

Baru-baru ini, kapal peronda Indonesia telah memintas sebuah kapal penyelidikan marin China, “Xiang Yang Hong 3”yang dipercayai telah dengan sengaja mematikan transponder “Automatic Indentification System” (AIS) ketika belayar di Selat Sunda yang strategik itu.

Kerajaan Indonesia menghendaki semua kapal asing menghidupkan transponder AIS milik mereka ketika belayar di perairannya.

anambas
Tulisan Cina di objek terbabit. (kredit JATOSINT)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...