Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Bakal Tambah Kenderaan Berperisai “Stryker ICV”

841

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Thailand dipercayai sedang di dalam peringkat akhir perbincangan dengan Amerika Syarikat untuk mendapatkan kumpulan ketiga kenderaan berperisai “M1126 Stryker Infantry Carrier Vehicles” (ICV) bagi memenuhi keperluan angkatan tentera.

Menurut portal pertahanan negara itu, perolehan di antara 10 hingga 50 buah kenderaan “Stryker” ICV itu adalah untuk memastikan tentera darat mencapai objektif untuk menwujudkan tiga battalion infantri yang menggunakan kenderaan berperisai itu.

stryker
Penyerahan kenderaan berperisai Stryker ICV pertama pada Panglima Tentera Darat Thailand ketika itu pada 2019.

Ia menjadikan tentera Thailand sebagai pengguna tunggal kepada kenderaan Stryker ICV  yang mengikut spesifikasi digunakan oleh tentera Amerika Syarikat.

Pada ketika ini, tentera Thailand telah pun memiliki 110 buah kenderaan berperisai “Stryker” ICV selepas ia menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat bernilai US$175 juta (RM700 juta) untuk membeli kenderaan itu di bawah Foreign Military Sales (FMS). Perjanjian itu termasuk segala kos latihan dan peralatan sokongan kenderaa itu.

stryker

Dibawah perjanjian itu, 60 buah kenderaan ‘’Stryker ICV” yang pertama telah dihantar ke Thailand pada tahun fiscal 2019 manakala kumpulan kedua sebanyak 50 buah kenderaan berperisai itu pula dihantar pada tahun lepas.

Kumpulan ketiga kenderaan “Stryker” ICV itu dijangka dihantar ke Thailand pada tahun ini.

Stryker

Tentera Darat Thailand berhasrat mewujudkan Stryker Brigade Combat Team yang bernaung di bawah Divisyen ke-11 Tentera Daratnya.

Kenderaan berperisai “Stryker” adalah kenderaan 8 x 8 berasaskan kepada kenderaan LAVIII yang digunakan oleh Kanada, yang dibangunkan oleh syarikat General Dynamics dan digunakan oleh tentera Amerika Syarikat.

Berat keseluruhan kenderaan M1126 Stryker ini adalah 19 tan dan berkemampuan membawa sembilan anggota tentera yang lengkap.

Ia boleh membawa senjata mesingan Browning M2 12.7mm sebagaimana yang digunakan oleh Tentera Darat Thailand atau “Protector” remote weapon system.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.