Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Rampas Pelbagai Dadah Bernilai RM125 Juta Di JB

0 731

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ia mungkin adalah rampasan dadah terbesar dalam sejarah negeri Johor atau mungkin Malaysia selepas kontinjen polis negeri itu berjaya merampas dadah dianggarkan bernilai RM125.8 juta dalam 16 serbuan yang dilakukan di Johor Baharu pada 9 dan 10 Januari lepas.

Kejayaan rampasan dadah itu telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid.

syabu
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid. (kredit internet)

Serbuan dilakukan terhadap dua stor penyimpanan dan dua makmal pemprosesan dadah.

Antara jenis dadah yang berjaya dirampas oleh anggota Jabatan Narkotik Polis Johor termasuklah 72.61 kilogram (kg) Syabu, 12.81 kg serbuk Ecstacy, 5.44 kg ganja, 3.723 juta pil Erimin, 5.398 juta biji pil Ecstacy, empat gram Heroin, 28 gram Ketamin dan 969.15 kg serbuk dadah. Kesemua dadah ini dianggarkan boleh dibekalkan kepada 5.4 juta penagih untuk pasaran tempatan dan antarabang.

syabu
Syabu

Polis berjaya menahan 15 warga tempatan terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan berusia 17 hingga 62 tahun termasuk ketua sindiket.

Selain itu, 13 buah kenderaan mewah, sebuah motosikal, wang tunai RM2.28 juta, pelbagai mata wang berharga RM284,939, satu kilogram jongkong emas, 41 barang kemas dan empat utas jam tangan Rolex juga turut ditemui.

Kesemua barang sitaan itu bernilai RM5.43 juta.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 10 Jan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...