Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Indonesia Bakal Perolehi Sistem Peluru Berpandu “Neptune”?

0 994

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia dilaporkan telah menandatangani memorandum dengan Ukraine tentang kemungkinan negara Asia Tenggara itu memperolehi sistem peluru berpandu anti kapal “RK-360C Neptune” yang dibangunkan oleh Luch State Design Bureau.

Bagaimanapun sebelum mana-mana pihak teruja, ini hanyalah memorandum yang ditandatangani pada 23 Disember dan Indonesia pada akhirnya mungkin tidak akan membeli pun sistem peluru berpandu itu.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Tetapi ia sekurang-kurangnya menunjukkan Jakarta berminat dengan sistem itu yang mampu membedil sasaran sejauh 280km jauhnya dan tengah berfikir-fikir untuk memperolehinya.

Jika benar-benar Indonesia membeli sistem peluru berpandu “Neptune” yang ditakrifkan oleh pihak Ukraine sebagai peluru berpandu kruis, maka ia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki peluru berpandu itu, yang telah pun diterima pakai oleh angkatan tentera Ukraine bagi menjaga perairan Laut Hitam daripada sebarang pencerobohan tentera Russia.

neptune

Tentera Laut Ukraine dijangka mula menerima sistem pertama “Neptune” pada tahun depan.

Peluru berpandu itu sudah semestinya melonjakkan kekuatan dan kemampuan tentera Indonesia dalam menjaga kawasan pesisiran pantainya daripada sebarang pencerobohan kuasa asing.

Dengan satu bateri “Neptune”, Indonesia mampu menutup Selat Melaka daripada sebarang laluan perkapalan.

Neptune
Kenderaan pelancar sistem peluru berpandu “Neptune.”

Sebagai negara tetangga, adakah kita akan menerima kesan daripada pembelian sistem peluru berpandu “Neptune” oleh Indonesia itu, jika ia benar-benar membelinya?

Selain sistem peluru berpandu “Neptune”, Indonesia juga dikatakan berminat dengan peralatan pertahanan keluaran syarikat-syarikat Ukraine termasuk sistem radar dan peluru berpandu udara-ke-udara.

Sistem radar 90K6E daripada syarikat Iskra dikatakan mempunyai  kemampuan pengesanan sejauh 500km.

Neptune
Sistem radar 90K6E.

Jakarta juga berminat dengan peluru berpandu udara-ke-udara R-27 yang dibangunkan oleh syarikat Artem Joint Stock Company yang kemungkinan besar akan digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Sukhoi SU-30, jika Indonesia memutuskan untuk membelinya.

Neptune
Peluru berpandu “R-27”.

Soal sama ada Russia bersetuju jika pesawat-pesawat keluarannya menggunakan peluru berpandu yang dihasilkan oleh musuhnya adalah persoalan yang juga penting untuk diambilkira oleh Jakarta.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...