Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tidak Sengaja Bedil Kedai Permainan Kanak-Kanak Guna Meriam 30mm

0 544

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu insiden yang jarang-jarang berlaku, anggota tentera payung terjun daripada Divisyen Payung Terjun Pskov, tentera Russia secara tidak sengaja telah melepaskan tembakan meriam 30mm daripada kenderaan berperisai mereka di bandar Pskov, barat daya negara itu.

Satu das tembakan meriam 30mm daripada kenderaan berperisai, BMD-4 dikatakan telah terkena sebuah kedai menjual permainan kanak-kanak di pusat membeli-belah bandar berkenaan itu.

BMD-4
Meriam 30mm dan 100mm kenderaan IFV BMD-4.

Bagaimanapun mereka bernasib baik, kerana letupan daripada peluru meriam 30mm itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan mahupun kematian terhadap pengunjung ke kedai permainan kanak-kanak itu.

Nasib baik juga, bukan meriam 100mm yang meledak kerana ia membabitkan meriam kaliber itu maka kemusnahan adalah lebih besar.

Ada laporan mengatakan ketika kejadian itu berlaku, tiada pengunjung di kedai permainan kanak-kanak itu. Menurut laporan media tempatan, tembakan daripada meriam 30mm itu secara tidak sengaja dilepaskan ketika beberapa anggota tentera daripada divisyen payung terjung itu sedang menyelenggara kenderaan berperisai itu.

Pskov

Divisyen Payung Terjun Pskov adalah ketumbukan terkenal dalam angkatan tentera Russia dan pernah mengambil bahagian dalam serangan dan penaklukan wilayah Donbass dan Crimea.

Kementerian Pertahanan Russia yang mengesahkan tentang kejadian yang berlaku pada Khamis lepas berkata pihaknya bersama-sama pemerintahan divisyen payung terjun itu dan pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat tentang kejadian itu.

30mm
Saiz peluru meriam 30mm.

BMD-4 adalah kenderaan infantry fighting vehicle (IFV) yang mempunyai kemampuan amfibi.

Kenderaan itu membawa persenjataan terdiri daripada meriam 100mm dan 30mm serta mesingan 7.62mm.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...